|
JOHOR BAHRU: Tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan menggunakan senjata, ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandaraya ini, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 26 hingga 28 tahun itu ditahan susulan video tular pergaduhan sekumpulan individu bersenjata tajam di hadapan sebuah premis.
Katanya, kejadian pergaduhan itu dipercayai berlaku pada 12.48 malam kelmarin.
"Punca kejadian masih dalam siasatan. Semua suspek ditahan pada jam lebih kurang 1.45 petang hingga 3 petang oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Johor bersama IPD JBS.
"Dalam serbuan itu, polis turut merampas empat telefon bimbit, bag galas, sebilah parang, set pakaian dan sebuah kereta.
"Pihak polis masih giat mengesan beberapa suspek lagi bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Raub, hasil semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai satu rekod dadah, empat rekod jenayah dan satu rekod senarai hitam kes jenayah.
"Orang awam yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan hotline IPD JBS ditalian 07-2182323, atau pegawai penyiasat kes Inspektor Azlinda Mohd Khalid di talian 017-2765250," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Semalam tular video berdurasi satu minit 49 saat di laman sosial facebook, memaparkan berlaku pergaduhan di sebuah kedai makan.
https://www.bharian.com.my/berit ... rgaduh-guna-senjata |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|