View: 4021|Reply: 0
|
[Perak]
Rumah atas RM200,000 tak laku di Perak
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Ipoh: Sebanyak 2,312 unit hartanah perumahan yang majoritinya perumahan yang dijual dengan harga dalam lingkungan RM200,000 ke atas tidak terjual setakat tahun 2022, demikian Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak diberitahu.
Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching (PH- Teja), berkata ia berdasarkan data daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) dengan rumah jenis kondominium atau apartmen penyumbang tertinggi rumah tidak terjual di Perak.
Katanya, dua jenis rumah itu mencatatkan sebanyak 1,203 unit atau 52.03 peratus dengan daerah Kinta mencatatkan angka tertinggi iaitu 1,065, diikuti Manjung (498), dan Kampar (328) manakala daerah yang mencatat jumlah terendah perumahan tidak terjual adalah Bagan Datuk (9).
"Data menunjukkan rumah yang tidak terjual adalah dengan harga di luar kemampuan serta tidak memenuhi permintaan pembeli di dalam lokaliti projek terbabit.
"Bagaimanapun dari tahun 2018 sehingga tahun 2022, berlaku penurunan yang konsisten perumahan yang tidak terjual. Berdasarkan data NAPIC ini, ia menunjukkan rakyat Perak lebih cenderung membeli rumah kategori kos rendah iaitu berharga di bawah RM100,000," katanya menjawab soalan lisan Chaw Kam Foon (PH- Menglembu) dalam persidangan DUN Perak, di sini hari ini.
Ditanya langkah diambil kerajaan negeri bagi mengatasi masalah rumah tidak terjual di Perak, Sandrea berkata ia antaranya melalui pelaksanaan Dasar Perumahan Negeri Perak bagi pembangunan membabitkan keluasan tanah melebihi 8.1 hektar.
Berpandukan dasar itu, katanya pemaju diwajibkan membina 40 peratus pembangunan rumah mampu milik yang merangkumi pembinaan Rumah Perakku I, Rumah Perakku II, dan Rumah Perakku III dengan baki sebanyak 60 peratus lagi dibenarkan untuk pembinaan rumah harga terbuka.
"Kerajaan Negeri turut memberi beberapa insentif kepada pemaju untuk menggalakkan pembangunan Rumah Perakku iaitu pengurangan caj pemajuan dan caj premium bagi tujuan pengeluaran hakmilik bagi Rumah Perakku I dan Rumah Perakku II.
"Bagaimanapun, pemaju diseru lebih berhati-hati dalam menyusun strategi dan melaksanakan kajian pasaran serta permintaan berdasarkan lokaliti setempat sebelum memulakan apa-apa projek," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 0-tak-laku-di-perak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|