CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8137|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Aplikasi tangani emosi, isu rumah tangga diperkenalkan

[Copy link]
Post time 5-12-2023 05:26 PM | Show all posts |Read mode

KAKITANGAN MAINS, Norhizatulfitriah Mohd Zin menunjukkan aplikasi E-Terapi Sakinah sempena Simposium Penyelidikan MAINS. FOTO Azrul Edham

Seremban: Hasil penyelidikan mengenai isu rumah tangga dan kekeluargaan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) memperkenalkan aplikasi E-Terapi Sakinah sebagai alternatif kaunseling peringkat awal menyelesaikan masalah berkenaan.

Aplikasi yang sudah boleh dimuat turun di telefon pintar itu dibangunkan MAINS hasil kerjasama dan penyelidikan dengan pakar dari universiti awam dan universiti swasta.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan MAINS, Prof Dr Zulkifli Hasan berkata, aplikasi itu bukan saja boleh digunakan di Negeri Sembilan malah di seluruh Malaysia.

"E-Terapi adalah salah satu pendekatan awal untuk tangani konflik rumah tangga atau menangani isu perkahwinan dan kekeluargaan sebelum pergi menemui kaunselor.


"Melalui aplikasi ini, mereka yang menghadapi masalah rumah tangga, tekanan mental dan sebagainya boleh merujuk panduan yang disediakan," katanya kepada media hari ini.

Terdahulu, beliau hadir ke Simposium Penyelidikan MAINS 2033 yang dirasmikan Mufti Negeri Sembilan, Prof Madya Dr Faudzinaim Badarudin.

Zulkifli berkata, modul dan panduan yang disertakan melalui E-Terapi Sakinah disahkan dan dibuktikan oleh penyelidik serta digunakan kaunselor untuk menangani isu rumah tangga.

"Terdapat beberapa langkah di dalam aplikasi ini. Jika masalah atau isu tidak dapat diselesaikan, pengguna boleh mengisi maklumat pada borang di dalamnya untuk temujanji dengan kaunselor.

"Ia juga memudahkan pegawai kami untuk digunakan di mahkamah atau masjid kerana ia menyediakan garis panduan yang boleh dirujuk pihak yang bertanggungjawab.

"Aplikasi ini sudah dilancarkan pada 13 Oktober lalu dan dirasmikan hari ini. Ia akan ditambahbaik dari semasa ke semasa seperti menambah video pendek dan dokumentari," katanya.

Beliau berkata, simposium yang julung kalinya diadakan itu turut membabitkan penyelidikan berkaitan wakaf, zakat dan pengurusan harta yang turut menjadi tanggungjawab semua majlis agama Islam negeri di Malaysia.

Sementara itu, Faudzinaim berkata, bagi tahun 2023, MAINS menawarkan 23 Geran Penyelidikan MAINS yang membabitkan penyelidik luar dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta melalui kaedah Request For Proposal (RFP).

"MAINS turut menjalankan lima kajian secara dalaman berkaitan perkhidmatan wakaf emas, kajian Nisab Zakat Harta, kajian harga zakat fitrah berdasarkan pasaran harga beras di Negeri Sembilan, kajian Penubuhan Tabung Khas Pendidikan dan Kajian Pelaksanaan Agihan fidyah dan kaffarah.

"Sempena simposium ini, turut dilancarkan Aplikasi E-Terapi Sakinah yang dibangunkan hasil daripada kajian penyelidik Geran Penyelidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Bahagian Kaunseling dan Pembangunan Insan MAINS," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... angga-diperkenalkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.039281 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list