View: 6980|Reply: 0
|
[Johor]
Usahawan terjejas banjir boleh mohon tangguh bayaran pinjaman
[Copy link]
|
|
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedict ketika sidang media selepas lawatan kerja ke Menara Bank Rakyat di Coronation Square, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Johor Bahru: Usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas bencana banjir di seluruh negara ketika ini boleh memohon untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman agensi kerajaan sehingga tempoh tiga bulan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata penangguhan pinjaman agensi di bawah kementeriannya itu adalah bagi membantu usahawan terbabit memulihkan kembali perniagaan mereka yang terjejas.
Katanya, pinjaman agensi di bawah kementeriannya itu antaranya membabitkan Tekun Nasional (TEKUN), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
"Kementerian maklum dengan bencana banjir yang mula melanda beberapa negeri ketika ini.
"Di peringkat kementerian kita ada dasar membolehkan penangguhan pinjaman yang diperlukan peminjam di kalangan usahawan PMKS.
"Sekiranya premis atau lokasi operasi perniagaan mereka terjejas banjir, maka usahawan PMKS boleh memohon penangguhan bayaran pinjaman sehingga tiga bulan.
"Agensi yang menerima permohonan usahawan dan peminjam PMKS diarahkan supaya segera meneliti permohonan menangguhkan bayaran kepada mereka yang terjejas banjir ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas lawatan kerja ke Menara Bank Rakyat Coronation Square, di sini, hari ini.
Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di negara ini bermula pada 11 November lalu dan dijangka berterusan sehingga Mac 2024.
Terdahulu, Ewon mendengar taklimat mengenai pembinaan Menara Bank Rakyat, yang membabitkan pembangunan bersepadu di Coronation Square, yang bernilai RM6 bilion dan terletak di tengah-tengah bandaraya ini.
Bagaimanapun, Menara Bank Rakyat setinggi 35 tingkat adalah menara pertama dari lapan menara di Coronation Squre, yang sudah siap dibina sepenuhnya tahun ini dan dijangka mula beroperasi Februari depan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uh-bayaran-pinjaman |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|