CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7020|Reply: 0

[Melaka] Lelaki mengaku miliki dadah, dipenjara 10 tahun dan 11 sebatan

[Copy link]
Post time 5-12-2023 06:27 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

MELAKA: Seorang lelaki yang berpenyakit angin ahmar ringan, dihukum penjara 10 tahun dan 11 sebatan oleh atas kesalahan memiliki dan menggunakan dadah pada Mei lalu.

Hukuman itu diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen, Mohd Sabri Ismail selepas tertuduh, Steven Too Tant Haw, 40, menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan pada sebutan kes itu hari ini.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines dengan berat bersih lapan gram di sebuah rumah di Jalan Merlimau, FELCRA Lembah Kesang, Merlimau, Jasin pada 23 Mei lalu, kira-kira jam 6 petang yang sabit kesalahan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan minimum 10 sebatan.

Tant Haw juga menghadapi tuduhan kedua iaitu pada tarikh sama, kira-kira jam 8 malam, di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, didapati memberikan kepada dirinya dadah jenis morfin yang sabit kesalahan boleh dipenjara antara lima hingga tujuh tahun dan minimum tiga sebatan.



Mengikut fakta kes, pengadu bersama beberapa anggota BSJN Jasin ketika tugas Op Tapis pergi ke sebuah rumah di FELCRA Lembah Kesang, Merlimau dan menahan tertuduh yang berada dalam keadaan mencurigakan.

Pemeriksaan terhadap suspek menemui satu beg plastik warga kuning di tangan kanannya berisi satu paket lut sinar disyaki dadah heroin anggaran seberat 420 gram.

Suspek dibawa ke BSJN IPD Jasin bersama rampasan dadah dan selepas ujian saringan awal air kencing, dia didapati positif dadah mop.

Rampasan dadah dihantar ke Jabatan Kimia Bukit Katil dan hasil analisa mengesahkan barang kes mengandungi heroin berat bersih satu gram dan monoacethylmorohines seberat tujuh gram.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Selepas meneliti rayuan dan hujah pendakwaan, Mohd Sabri menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama, manakala pertuduhan kedua, penjara lima tahun dan satu sebatan.

Mahkamah menetapkan kedua-dua hukuman berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada 23 Mei lalu, sekali gus tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara lima tahun saja.
https://www.bharian.com.my/berit ... ahun-dan-11-sebatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.160557 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list