CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5743|Reply: 0

[Johor] Sasar 27.3 juta pelancong tahun depan

[Copy link]
Post time 6-12-2023 01:45 PM | Show all posts |Read mode

MOHD. SHAHRIR MOHD. ALI (tiga dari kiri) turut menyertai lawatan ke Desaru Fruit Farm di Bandar Penawar, Kota Tinggi.



KOTA TINGGI: Tourism Malaysia menyasarkan seramai 27.3 juta kedatangan pelancong asing ke negara ini pada tahun depan.

Pengarah Pelancongan Malaysia Bahagian Promosi Antarabangsa (ASEAN) Mohd. Shahrir Mohd. Ali berkata,  jumlah berkenaan dijangka lebih 65 peratus terdiri daripada pelancong dari negara ASEAN.

Menurutnya, selepas pandemik Covid-19, pelancong dari negara ASEAN, terutamanya negara jiran merekodkan jumlah yang tinggi berkunjung ke negara ini.

“Sasaran kita tahun depan untuk keseluruhan seramai 27.33 juta pelancong dengan pelancong dari ASEAN menyumbang kedatangan antara 65 hingga 70 peratus daripada jumlah itu.

“Lepas Covid-19 memang ramai pelancong dari negara ASEAN disebabkan kekerapan penerbangan yang banyak dari negara mereka dan dijangka tahun depan lebih banyak kekerapan penerbangan bukan sahaja dari negara ASEAN, malah dari China, Eropah dan Jepun yang akan masuk.

“Dari Januari hingga Julai lalu, kita merekodkan seramai 8.1 juta pelancong dari negara ASEAN, dengan paling ramai adalah dari negara jiran seperti Singapura dan Thailand,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia sempena Lawatan Teknikal Seminar Pelancongan Kebangsaan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) 2023 di Desaru Fruit Farm, Bandar Penawar, di sini.

Lawatan yang melibatkan seramai 150 peserta itu bertujuan untuk memperlihatkan tentang produk pelancongan sedia ada yang sudah popular supaya dapat dipraktik di tempat masing-masing serta memberi pendedahan tentang produk yang mungkin boleh dibangunkan dan boleh dibaiki mutunya.

“Adakalanya sesuatu produk pelancongan itu bagus untuk dipasarkan ke luar negeri tetapi tiada penyelenggaraan yang bagus dan sebagainya. Jadi, tidak boleh dipasarkan ke luar negara. Tourism Malaysia sering ditanya apa produk baharu dan kita memang ada banyak produk baharu dalam masa sama produk sedia ada perlu diperbaiki bila kita tukar, ubah akan jadi produk baharu.

“Jadi, harapan kita menerusi lawatan ini semua pihak terlibat seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), kerajaan negeri dan pemilik produk supaya lihat dan ubah produk mereka seperti Desaru ini yang kita jadikan sampel dalam lawatan yang dahulu lain tetapi sekarang ada pembaharuan,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... ancong-tahun-depan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.043984 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list