CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3835|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Penerima eBeliaRahmah tidak layak terima kredit eMADANI - Ahmad Maslan

[Copy link]
Post time 6-12-2023 03:32 PM | Show all posts |Read mode

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan bergambar bersama penerima-penerima bantuan eMADANI ketika membuat tinjauan Program Walkabout eMADANI bersama Kementerian Kewangan di Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

PUTRAJAYA: Penerima eBeliaRahmah tidak layak untuk menerima kredit e-dompet eMADANI memandangkan mereka telah mendapat manfaat daripada kredit eBeliaRahmah, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang ingin memohon kredit e-dompet eMADANI RM100 melihat terlebih dulu syarat kelayakan yang ditetapkan sebelum memohonnya.

Katanya, syarat kelayakan memohon kredit e-dompet eMADANI itu ialah warga negara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023 dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 atau mempunyai pendapatan dan pendapatan itu adalah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.

"Contoh mereka yang memohon tetapi tidak dapat ialah pelajar universiti kerana baru-baru ini dia (pelajar) telah menerima eBeliaRahmah RM200.



"Justeru, dia (pelajar universiti) tidak layak menerima kredit e-dompet eMADANI," katanya ketika ditemui di Program Walkabout eMADANI bersama Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas rungutan orang ramai yang gagal untuk membuat permohonan kredit e-dompet eMADANI.

Ahmad mengakui pada hari pertama pendaftaran dibuka sememangnya ada sedikit masalah, namun dengan memasuki hari ketiga, masalah teknikal sudah diatasi.

Beliau berkata, bagi mereka yang layak tetapi mengalami masalah dan tidak dapat boleh membuat rayuan dengan menghubungi talian hotline 88824565/88824566/1800882747 atau emel ke [email protected].

Mengenai rungutan penggunaan kredit RM100 eMADANI terhad kepada transaksi tertentu, Ahmad menjelaskan, objektif kredit e-dompet eMADANI dilaksanakan ialah untuk membantu perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan merancakkan ekonomi setempat.

Justeru, beliau berkata, penggunaan kredit e-dompet itu untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terbabit iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit/perniagaan di seluruh negara.

Tempoh pendaftaran dan tuntutan eMADANI bermula dari 8 pagi pada 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024 melalui aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna.

Penggunaan kredit eMADANI serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terbabit hanya boleh dibelanjakan secara fizikal saja sehingga 29 Februari 2024.

Kredit eMADANI juga boleh dimanfaatkan menerusi peruncit/peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet yang terbabit dalam program itu, tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan.

Kredit RM100 eMADANI boleh digunakan untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan kecuali untuk pemindahan 'peer-to-peer'; penebusan tunai; bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; bayaran fi berkaitan kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; pembelian permainan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; bayaran tempat letak kereta dan/atau tol; aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
https://www.bharian.com.my/berit ... madani-ahmad-maslan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.433693 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list