CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6650|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] CyberSecurity keluar amaran aktiviti menyamar, tipu melalui akaun WhatsApp

[Copy link]
Post time 7-12-2023 11:20 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: CyberSecurity Malaysia hari ini mengeluarkan amaran berhubung aktiviti penyamaran melalui akaun WhatsApp dengan menipu mangsa untuk memindahkan wang.

CyberSecurity Malaysia dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan terdapat aktiviti penipuan menggunakan aplikasi itu dengan pelaku menyamar sebagai individu dikenali mangsa sebelum menghantar satu pautan dan meminta mangsa untuk klik pada pautan berkenaan.

Menurutnya mangsa kemudian kehilangan akses ke akaun WhatsApp sendiri.

"Penipu akan mengambil alih akaun WhatsApp yang diceroboh dan menggunakan identiti mangsa untuk melakukan penipuan. Penipu akan menyamar sebagai mangsa dengan menghantar mesej kepada kenalan-kenalan mangsa melalui akaun WhatsApp berkenaan," menurut kenyataan itu.



CyberSecurity Malaysia berkata penipu menggunakan teknik membabitkan kandungan teks yang mendakwa mangsa berada dalam situasi bahaya dan memerlukan bantuan atau pinjaman kewangan bagi membantunya keluar dari krisis atau kes kecemasan serta berjanji akan membuat pembayaran balik.

Dalam situasi ini, kenalan mangsa akan terpedaya dan mempercayai mesej itu dihantar oleh rakan mereka yang memerlukan wang.

"Nasihat kami agar orang ramai tidak klik pada sebarang pautan yang diterima melalui WhatsApp. Jangan buat sebarang pemindahan wang sebelum mendapat kepastian dan pengesahan kenalan," menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan di https://www.mycert.org.my/portal/details...

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... alui-akaun-whatsapp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 07:18 PM GMT+8 , Processed in 1.628196 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list