CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23800|Reply: 0

[Perak] Fama siasat dakwaan beras putih tempatan tidak berkualiti

[Copy link]
Post time 9-12-2023 04:49 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Ipoh: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan menyiasat dakwaan beras putih tempatan (BPT) tidak berkualiti atau berkemungkinan dibungkus semula seperti tular di media sosial.

Pengerusinya Aminuddin Zulkipli berkata, pihaknya memandang serius dakwaan terbabit dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika benar BPT yang berada dalam pasaran tidak berkualiti.

Beliau berkata, sebelum ini terdapat isu berbangkit seperti isu beras dibungkus semula termasuk isu beras plastik tetapi setelah disiasat dakwaan terbabit tidak benar.

"Kalau dakwaan mengenai kualiti BPT ini yang paling baharu, namun begitu saya akan arahkan Fama untuk ambil maklum perkara ini dan lakukan siasatan mendalam berhubung isu yang dibangkitkan pengguna.



"Sebab melalui pengalaman lepas, dakwaan-dakwaan seperti ini ada yang asli dan ada juga yang palsu, jadi perlukan siasatan khusus dan mendalam supaya siasatan lapangan dapat dilakukan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Keterjaminan Makanan Bersepadu anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak di Kolej TAJ, dekat sini hari ini yang turut dihadiri Yang Dipertua DPMM Ir Kamarullafifie Ahmad.

Aminuddin diminta mengulas satu tangkap layar seorang pengguna di Facebook IPOH STATION 18 AJERR yang mendakwa BPT diedarkan Fama tidak mempunyai kualiti sama seperti sebelum ini, kerana mudah basi, tidak gebu dan lebih kusam.

Status dimuat naik pengguna Amira Amir pada 15 November lalu itu mendapat 157 komen dan lima perkongsian.

Sementara itu, Aminuddin menambah Fama setakat ini diberikan bekalan mencukupi dan menerusi laporan diterima pihaknya, bekalan BPT mencukupi untuk keperluan rakyat negara ini.

"Setakat ini stok beras memang mencukupi dan kami boleh mengagihkan BPT kepada setiap outlet di bawah Fama menerusi Agrobazaar Kedai Rakyat, Agrobazaar Rakyat serta menerusi Program Jualan Agro Madani.

"Cuma saya nak maklumkan Fama belum lagi menerima laporan dan aduan mengenai kualiti beras setakat ini sebab beras ini sifatnya turut ada tamat tempoh iaitu selama enam bulan, jadi kita alu-alukan laporan daripada pihak pengguna," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-tidak-berkualiti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.059471 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list