View: 27661|Reply: 0
|
[Perak]
'Tak sampai hati nak beritahu keadaan abang'
[Copy link]
|
|
Empat adik beradik menunjukkan gambar abang mereka Ahmad Termizi Ramli,45, yang hangus terbakar dalam kemalangan membabitkan van dan lori. FOTO SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI
Parit Buntar: "Kak, saya sebenarnya tak sampai hati nak beritahu keadaan abang.
Itu jawapan yang diterima Norhana Osman, 41, isteri kepada Ahmad Termizi Ramli, 45, yang rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan lori awal hari ini.
Norhana berkata sewaktu dihubungi rakan arwah, dia bertanya keadaan suaminya namun jawapan yang diterimanya adalah 'tak pasti dan belum tahu keadaannya.
"Bila dimaklumkan suami terbabit kemalangan saya tertanya-tanya bagaimana keadaannya sama ada masih hidup atau sebaliknya.
"Namun tidak lama selepas itu, rakan suami memaklumkan sebenarnya arwah sudah tiada dan pergi dalam keadaan menyayat hati.
"Secara tiba-tiba saya tergamam dan rasa macam mimpi kerana sebelum pergi kerja pagi tadi dia maklumkan sakit kepada dan saya menasihatinya supaya tidak pergi atau berhenti," katanya ditemui media di Unit Forensik Hospital Parit Buntar.
Menurutnya suaminya adalah pemandu van dan berkerja dengan syarikat projek penyelenggaraan lebuh raya berhad (PROPEL).
"Waktu kejadian dia membawa pekerja memotong rumput dan baru sahaja menurunkan pekerja di lokasi.
"Sewaktu dia berada di dalam van, difahamkan sebuah lori terbabas dan merempuh van terbabit lalu terbakar dan menyebabkan suami maut di lokasi kejadian," katanya.
Ahmad Termizi adalah anak keempat dari sembilan beradik dan turut meninggalkan tiga orang anak perempuan berusia dari 18 hingga 22 hasil perkongsian hidup dengan bekas isteri pertama.
Sementara itu Nurul Ain,22, anak sulung arwah berkata kerana dia terkilan kerana tidak sempat memaklumkan kepada ayahnya untuk bertunang dan berkahwin pada tahun hadapan kerana merancang untuk memberitahunya pada sambutan hari lahir ayahnya pada 31 Disember ini.
Terdahulu, media melaporkan seorang maut dalam keadaan rentung selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan van dan lori muatan makanan kering di Kilometer 198.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Simpang Taiping, selepas solat Asar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... itahu-keadaan-abang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|