View: 28658|Reply: 0
|
[Selangor]
Berang ditegur perlahankan suara, lelaki mabuk kejar dengan parang
[Copy link]
|
|
Kuala Selangor: Berang ditegur supaya memperlahankan suara, seorang lelaki dalam keadaan mabuk bertindak mengejar juruaudit berusia 30 tahun dengan menggunakan parang dalam kejadian berhadapan sebuah dobi layan diri di pekan Bestari Jaya, di sini, pada 6 Disember lalu.
Kejadian jam 9.50 malam itu turut menyaksikan suspek berusia 44 tahun melibas tempat duduk sebuah motosikal sehingga terkoyak di sebuah gerai menjual burger.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, insiden berlaku semasa mangsa bersama isteri didatangi suspek yang membuat bising di gerai itu.
"Suspek meminta wang daripada pengadu dan peniaga burger. Pada masa sama, pengadu meminta suspek memperlahankan suaranya.
"Suspek yang marah kemudian menuju ke kereta untuk mengambil parang dan mengejar pengadu sambil menghayun senjata tajam itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ramli berkata, juruaudit itu bagaimanapun berjaya melarikan diri dan membuat laporan di balai polis berhampiran.
Bertindak atas maklumat, beliau berkata, sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) tiba di lokasi kejadian dan berjaya menahan suspek.
"Turut dirampas adalah sebilah parang yang digunakan dalam kejadian itu.
"Suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk tindakan lanjut," katanya.
Ramli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK).
LELAKI dalam keadaan mabuk mengejar juruaudit dengan parang di pekan Bestari Jaya. FOTO ihsan polis
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kejar-dengan-parang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|