View: 35496|Reply: 0
|
F1: Lando Norris idam jentera berprestasi
[Copy link]
|
|
F1: Lando Norris idam jentera berprestasi
NORRIS mengakui McLaren sedang mempersiapkan jentera terbaik untuknya musim depan selepas beberapa perkara kecil sudah diselesaikan. - AFP
LONDON – Pelumba McLaren, Lando Norris mengharapkan perubahan besar berlaku ke atas jenteranya menjelang saingan musim depan bagi membolehkannya konsisten dalam setiap perlumbaan.
Norris melalui musim yang sangat baik kali ini apabila berjaya menamatkan saingan sebanyak tujuh kali di podium untuk berada di kedudukan keenam keseluruhan dalam kategori pemandu dan hanya ketinggalan satu mata di belakang Fernando Alonso dan Charles Leclerc yang berkongsi mata sama di tempat keempat dan kelima.
Beberapa pusingan musim ini terutama perlumbaan yang berlangsung di litar yang dikategorikan sebagai pantas seperti Jepun dan Qatar, Norris hanya ketinggalan dengan jurang masa yang kecil berbanding Max Verstappen.
“Sekarang ini saya fikir kami berada pada kedudukan yang baik dan hanya memerlukan fokus terhadap beberapa aspek kecil untuk menjadikannya sempurna.
“Kami tidak dapat menyelesaikan beberapa perkara itu sejak lima tahun lalu, namun saya gembira apabila kami sudah mula menunjukkan perubahan yang sangat positif,” katanya.
Tambahanya, dia berharap McLaren mampu memberikan fokus terhadap beberapa perkara kecil yang mampu untuk memberi perbezaan besar bagi membolehkannya mengejar kedudukan Verstappen musim depan.
“Ia akan membantu saya ketika sesi kelayakan dan meningkatkan kepantasan ketika hari perlumbaan. Ada beberapa perkara kecil yang mampu memberikan sesuatu yang luar biasa. Jika kami mampu melakukannya, saya percaya jentera kami lebih bagus musim depan,” ujarnya. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... entera-berprestasi/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|