CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32620|Reply: 0

[Negeri Sembilan] LRA Sungai Linggi berbau, bekalan air di PD, Seremban terjejas

[Copy link]
Post time 10-12-2023 04:29 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Seremban: Beberapa kawasan di daerah Port Dickson dan Seremban mengalami masalah gangguan dan ketiadaan bekalan air berikutan terdapat masalah sumber air mentah berbau di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi.

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) dalam satu kenyataan memaklumkan pengeluaran air LRA itu terpaksa dihentikan untuk menepati piawaian kualiti air minum kebangsaan.

"Status setakat 10 pagi tadi, loji belum beroperasi kerana air mentah masih lagi berbau (2 TON). Bagi mengurangkan gangguan kepada para pengguna, SAINS telah menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori tangki dan menempatkan tangki statik di kawasan yang terbabit," menurut kenyataan itu.

Kawasan terjejas ialah sebahagian kawasan Batu 6 Jalan Pantai, Batu 4 Jalan Pantai, Jalan Sua Betong, Air Port Dickson Kuning, Tampin Linggi sehingga sekitar kawasan pekan Port Dickson dan Lukut.

Turut terbabit dari Simpang Bukit Palong, Chuah, Bukit Pelandok sehingga Tanah Merah Site A, manakala di Seremban terbabit Rantau dan Jalan Sungai Gadut sehingga Taman Pinggiran Senawang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 1.034454 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list