View: 6851|Reply: 0
|
[Selangor]
Perhilitan pasang perangkap buaya di Tasik Kiambang
[Copy link]
|
|
Kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor memasang perangkap susulan kehadiran seekor buaya yang dikesan di Tasik Kiambang, Serendah. FOTO IHSAN PERHILITAN SELANGOR
Hulu Selangor: Penduduk di sekitar Tasik Kiambang, Serendah dekat sini berada dalam ketakutan selepas kehadiran buaya dikesan di situ.
Susulan itu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Selangor melancarkan operasi memasang perangkap.
Pengarahnya, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, operasi yang bermula pada awal bulan ini akan berlangsung sehingga haiwan liar itu masuk ke dalam perangkap.
"Kami menerima aduan awam berhubung kehadiran buaya di tasik ini yang berhampiran dengan kawasan penempatan dan popular untuk pemancing.
"Hasil pemerhatian secara langsung mengesahkan kehadiran buaya itu yang dianggarkan sepanjang lima ke enam kaki (1.5 ke 1.8 meter).
"Pemasangan perangkap ini untuk tujuan keselamatan awam dan translokasi buaya tersebut ke kawasan habitat lain," katanya ketika dihubungi, semalam.
Oleh itu katanya orang awam terutamanya pemancing diminta berhati-hati semasa melakukan aktiviti.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-di-tasik-kiambang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|