View: 7709|Reply: 0
|
[Perak]
JKN Perak tegur doktor panggil pesakit gelaran 'ekor'
[Copy link]
|
|
TANGKAP layar video tular
Ipoh: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sudah memberi teguran terhadap doktor di Klinik Kesihatan Menglembu di sini, selepas gagal memberi layanan profesional terhadap pesakit termasuk menggunakan panggilan 'ekor' merujuk pesakit kanak-kanak.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Sirajuddin Hashim berkata, pihaknya mengambil maklum insiden pesakit itu.
Menurutnya, pada 6 Disember lalu, pesakit kanak-kanak yang mengalami demam, batuk dan selsema hadir menerima rawatan di klinik kesihatan terbabit.
"Bagaimanapun kualiti rawatan dan tahap komunikasi yang disampaikan oleh pegawai perubatan kurang memuaskan.
"Pegawai perubatan terbabit sudah diberi teguran supaya berkomunikasi secara profesional dan melakukan pemeriksaan klinikal yang baik bagi semua pesakit yang hadir," katanya menerusi kenyataan malam tadi.
Menurutnya lagi, bagi memastikan tahap perkhidmatan yang baik dan mengelakkan kejadian sama berulang, JKN Perak sudah mengarahkan supaya Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Menglembu menjalankan audit klinikal secara berkala.
Semalam, sebuah portal berita melaporkan seorang ibu terkilan dan mendakwa menerima layanan buruk daripada seorang doktor di sebuah klinik kesihatan yang dikunjungi baru-baru ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... esakit-gelaran-ekor |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|