CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9518|Reply: 0

ACL: JDT menang bergaya tundukkan BG Pathum United FC 4-1

[Copy link]
Post time 13-12-2023 07:22 AM | Show all posts |Read mode
ACL: JDT menang bergaya tundukkan BG Pathum United FC 4-1


ARIF AIMAN mengawal bola pada aksi perlawanan Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang BG Pathum United FC di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri hari ini.-Foto RAJA JAAFAR

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan saingan Liga Juara-juara Asia (ACL) dengan bergaya selepas menewaskan BG Pathum United 4-1 pada aksi Liga Juara-juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Pada aksi terakhir Kumpulan I itu, pasukan pelawat tampak lebih agresif melakukan serangan ke arah gawang skuad Harimau Selatan di hadapan penyokong sendiri, bagaimanapun tiada aksi menarik bagi 20 minit pertama perlawanan.

Serangan demi serangan yang dilakukan skuad kendalian Jaturapattarapong Surachai akhirnya membuahkan hasil apabila hantaran lintang Santipharp Channgom yang ditolak Igor Sergeev menewaskan Ahmad Syihan Hazmi pada minit ke-28.

Bersambung babak kedua, kedudukan skuad Harimau Selatan berubah apabila mereka bukan sahaja dihadiahkan sepakan penalti, bahkan BG Pathum terpaksa bermain dengan 10 orang setelah Danilo Alves dilayangkan kad kuning kedua.

Pengadil perlawanan, Ma Ning membuat keputusan itu selepas membuat pemeriksaan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati tandukan Bergson Da Silva berpunca daripada sepakan sudut terkena pemain import itu.

Bergson tidak berdepan tugas sukar untuk meletakkan bola ke gawang BG Pathum yang menyaksikan Chatchai melayangkan badan ke arah yang berlainan pada minit ke-55.

BG Pathum dilihat tidak berupaya mengekang kemaraan JDT setelah Bergson menggandakan jaringan apabila rembatan lerek ke arah penjuru kanan gawang gagal diselamatkan Chatchai pada minit ke-66.

Pemain gantian, Endrick Dos Santos yang dibawa masuk pada 10 minit terakhir permainan menambah derita pasukan pelawat apabila meledak gol ketiga memanfaatkan umpanan Matthew Davies pada minit ke-85 menerusi sepakan voli dari jarak dekat.

Arif Aiman melengkapkan malam gemilang buat JDT apabila meledak gol keempat pasukan dengan melakukan larian solo dari sayap kanan lalu menggelecek pemain pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan lerek menewaskan BG Pathum.-KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... thum-united-fc-4-1/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.608686 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list