CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2150|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Guna mesin oksigen tak halang Ashnawi 'genggam' ijazah

[Copy link]
Post time 13-12-2023 12:03 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Ashnawi menggunakan saluran mesin oksigen selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa pada Majlis Konvokesyen Univerisiti Sains Islam Malaysia (USIM). FOTO Mohd Amin Jalil

Nilai: Hidup bergantung dengan mesin oksigen sejak usianya dua tahun tidak menjadi penghalang buat Muhammad Ashnawi Azmi untuk mendapatkan segulung ijazah.

Graduan berusia 27 tahun itu menerima Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dari Fakulti Syariah Undang-Undang pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) Ke-21, di Dewan Tuanku Canselor Usim di sini, petang semalam.

Muhammad Ashnawi yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor, berkata, dia terpaksa bergantung dengan mesin oksigen sejak berusia dua tahun sehingga kini akibat penyakit paru-paru kronik atau chronic obstructive pulmonary disease.

"Penyakit ini saya hidapi sejak berusia dua tahun dan perlu menggunakan mesin oksigen ini sepanjang masa bagi meneruskan kehidupan.



"Saya pernah menghadapi pelbagai dugaan termasuk mengalami koma ketika tidur, selama sebulan, dan dirawat di Hospital Serdang.

"Malah, sebelum peperiksaan lalu, saya menghadapi situasi sama, tapi Alhamdulillah, ia tidak berpanjangan dan saya dapat menduduki peperiksaan dengan sempurna," katanya ketika ditemui, semalam.

Menurut Muhammad Ashnawi, meskipun menghidapi penyakit kronik namun ia tidak pernah mematahkan semangatnya untuk meneruskan pengajian di universiti berkenaan.

Malah katanya, ahli keluarga terutama ibu bapa sentiasa memberikan sokongan padu kepadanya bagi meneruskan pengajian.

"Mereka (ahli keluarga) sentiasa memberikan sokongan dan rakan-rakan juga sering membantu sekiranya pertolongan diperlukan. Bagi saya sokongan mereka itu adalah pembakar semangat," katanya.

Menurutnya, sebelum masuk universiti, dia mengambil empat subjek tambahan pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2018 iaitu Bahasa Arab, Pendidikan Syariah Islam, Pendidikan al-Quran dan Sunnah serta Tassawuf untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia.

"Saya berpegang pada prinsip kalau saya nak sesuatu, saya perlu melakukannya sendiri.

"Dalam memenuhi cita-cita dan impian, sememangnya kita akan berhadapan dengan pelbagai ujian, tapi semuanya itu perlu dihadapi dengan tabah dan kita perlu meminta pertolongan dengan Allah," kata anak kedua daripada tiga beradik itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nawi-genggam-ijazah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.036699 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list