CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2036|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] JPN cetak 160,000 MyKid, serah kepada pemohon berperingkat - KDN

[Copy link]
Post time 13-12-2023 12:05 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib BERNAMA

Kuala Lumpur: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencetak 160,000 kad pengenalan diri kanak-kanak bercip (MyKid) yang tertunggak sejak Oktober lalu dan akan diserahkan kepada pemohon secara berperingkat sebaik proses cetakan selesai.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, ibu bapa atau penjaga boleh menggunakan terlebih dahulu sijil kelahiran untuk sebarang urusan dengan pihak kerajaan mahupun swasta, sementara menunggu MyKid diperoleh.

"Ini kerana sijil kelahiran merupakan satu dokumen pengenalan diri yang sah dikeluarkan kerajaan dan agensi kerajaan serta swasta juga dimaklumkan untuk mengutamakan penggunaan sijil kelahiran sementara menunggu MyKid.

"Kementerian Dalam Negeri melalui JPN sentiasa komited untuk menyelesaikan isu tunggakan permohonan MyKid ini," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara di sini, hari ini.



Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Aziz Ariffin yang ingin mengetahui status terkini penangguhan pengeluaran MyKid ekoran masalah bekalan mikrocip dan inisiatif kerajaan bagi memastikan masalah itu dapat diselesaikan.

Shamsul Anuar turut memberi jaminan bahawa isu MyKid itu tidak akan berulang pada tahun hadapan memandangkan JPN ketika ini sedang melaksanakan proses perolehan bekalan sebanyak tiga juta kad pengenalan diri itu bagi menampung keperluan.

"JPN sudah melaksanakan pelbagai usaha dan untuk makluman, kita sudah menyelesaikan 140,000 MyKid yang tertunggak bagi 2021 dan 2022…kita ada baki lebih kurang 15,000 MyKid masih belum dicetak dan dijangka selesai pada hujung bulan ini.

"Bagi 2023, perolehan bekalan MyKid dalam proses iaitu sebanyak tiga juta yang kita akan sediakan untuk tampung keperluan kerana dianggarkan berdasarkan kebiasaan, kadar kelahiran setahun antara 400,000 hingga 500,000 keperluan.

"Kita jangka selepas isu ini selesai, mulai 2024 masalah ini tidak akan timbul lagi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... on-berperingkat-kdn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.373524 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list