CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2159|Reply: 0

PETRONAS Malaysian Cub Prix 2023 ditutup penuh meriah

[Copy link]
Post time 13-12-2023 12:26 PM | Show all posts |Read mode

Barisan pelumba yang menang saingan kategori masing-masing.

KUALA LUMPUR: Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2023 melabuhkan tirainya di Litar Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang baru-baru ini menyaksikan juara keseluruhan bagi kelas utama CP150 sah menjadi milik pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Md Akid Aziz.

Akid yang memenangi perlumbaan di Batu Kawan melengkapkan musim cemerlangnya dengan mengumpul 191 mata untuk muncul juara keseluruhan, meninggalkan pencabar terdekat yang juga rakan sepasukan, Ahmad Afif Amran (159 mata).

Kehangatan pusingan kemuncak di Batu Kawan bukan sahaja dirasai di dalam trek tetapi juga 'merebak' ke luar perkarangan stadium apabila ia turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti menghiburkan bersempena 20 tahun PETRONAS bersama Kejuaraan Cub Prix.


Pelbagai aktiviti diadakan sempena perlumbaan penutup musim ini.

Bertemakan 20 Tahun Melakar Impian, PETRONAS bersama rakan strategiknya menganjurkan pelbagai aktiviti di perkarangan Stadium Batu Kawan dan ia jelas mampu menarik penonton terutamanya peminat sukan permotoran tanah air serta komuniti setempat untuk bersama-sama memeriahkan kehangatan pusingan kemuncak itu meskipun terpaksa berdepan cuaca panas terik.

Di reruai PETRONAS, pengunjung yang hadir mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti disediakan seperti kuiz dan timbang bulu tangkis dan mereka berpeluang meraih hadiah eksklusif serta merasai pengalaman berlumba dengan simulasi perlumbaan motosikal.

Aktiviti juga dimeriahkan lagi dengan sesi berinteraksi dengan pengacara Hotfm iaitu Ayu dan Aisha yang tidak pernah kering gusi menghiburkan pengunjung di sepanjang masa.

Tidak terhenti di situ, pengunjung juga menerima kejutan menerusi acara kemuncak iaitu perlawanan badminton antara pelumba Cub Prix dan pemain badminton kebangsaan di gelanggang badminton sementara di luar reruai PETRONAS.

Kerjasama antara PETRONAS, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Kejuaraan Cub Prix ini dilihat sebagai pelengkap kepada ekosistem pembangunan bakat di peringkat akar umbi sehingga ada di kalangan mereka mampu bersaing dan mengukir nama di persada antarabangsa.

Kehadiran pemain badminton negara juga mampu menjadi medium utama bagi mempromosikan kehangatan Kejohanan Badminton Terbuka PETRONAS Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dari 9 hingga 14 Januari depan.

"Saya gembira kerana dapat berjumpa dengan peminat di sini. Walaupun saya datang acara Cub Prix tetapi saya juga dapat lihat orang ramai yang meminati sukan badminton di sini. Jadi bukan satu sukan sahaja yang dapat tengok, tetapi juga sukan lain di sini.

"Saya harap orang ramai akan datang tengok perlawanan Terbuka Malaysia 2024 nanti," kata pemain badminton wanita negara, Siti Nurshuhaini Azman.

Selain itu, orang awam juga diberi peluang untuk beraksi bersama mereka dan pastinya ia menambahkan lagi keseronokan serta pengalaman bermakna buat pengunjung bersempena saingan penutup musim 2023 di Batu Kawan.

"Pelbagai aktiviti di reruai PETRONAS. Saya selalu hadir ke sini. Setiap kali pusingan Cub Prix, saya akan hadir di sini. Pelbagai aktiviti disediakan untuk kanak-kanak, ada mewarna dan ada juga perlawanan badminton," kata salah seorang pengunjung, Nurliza Ismail.
https://www.bharian.com.my/sukan ... itutup-penuh-meriah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.047447 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list