View: 8168|Reply: 0
|
[Johor]
JPNJ pantau ceramah pempengaruh di sekolah
[Copy link]
|
|
PETIKAN video tular menunjukkan pelajar perempuan membuat ‘catwalk’ di hadapan sekumpulan pelajar ketika sesi ceramah.
Johor Bahru : Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JKNJ) diarahkan untuk memantau aktiviti ceramah membabitkan sekolah di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri Johor, Norlizah Noh berkata, satu sesi libat urus membabitkan pegawai penyelaras di sektor pengurusan dan pembangunan murid akan diadakan esok.
Katanya tindakan itu dibuat susulan beberapa video tular membabitkan pempengaruh media sosial yang memberikan ceramah di sekolah dipercayai dalam negeri ini.
"Saya ambil maklum perkara ini (pempengaruh media sosial beri ceramah di sekolah). Saya telah minta JPNJ memantau aktiviti ceramah di sekolah-sekolah.
"Esok akan diadakan diadakan sesi libat urus pegawai penyelaras di sektor pengurusan murid dan sektor pembangunan murid yang membabitkan 11 Pejabat Pendidikan daerah di Johor," katanya menerusi platform X di sini, hari ini.
Norlizah berkata demikian sebagai maklum balas kepada pengguna platform X, @hidupberbakti yang memohon JPNJ untuk menyekat penceramah tular berikutan sekolah yang dikunjunginya untuk menyampaikan ceramah adalah di Johor.
Video tular berdurasi 15 saat mempamerkan seorang pelajar perempuan membuat 'catwalk' di hadapan sekumpulan pelajar dan memberi 'flying kiss' kepada seorang murid lelaki ketika sesi ceramah itu.
Situasi itu disambut dengan tindakan pelajar lelaki berkenaan yang teruja sehingga 'menggelupur' dengan tindakan kurang sopan itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pengaruh-di-sekolah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|