View: 9127|Reply: 0
|
[Johor]
Video tular pelajar perempuan 'catwalk', beri kucupan layang undang resah warganet
[Copy link]
|
|
Tangkap layar video tular di aplikasi X.
JOHOR BAHRU: Video tular berdurasi 15 saat memaparkan aksi seorang pelajar perempuan berjalan seperti model atau catwalk di hadapan sekumpulan pelajar sebelum memberi kucupan layang atau flying kiss kepada murid lelaki, mengundang kritikan warganet.
Menambah rasa tidak senang apabila tindakan pelajar perempuan itu disambut dengan reaksi pelajar lelaki dengan wajah teruja sehingga 'menggelupur', yang disifatkan sebagai kurang sopan dan boleh memberi pengaruh tidak baik kepada generasi remaja.
Video tular berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan influencer atau pempengaruh media sosial ketika diundang memberi ceramah di sekolah, dipercayai di Johor.
Sehubungan itu, pengguna platform X, @hidupberbakti memohon Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor menyekat penceramah berkenaan.
"Mohon JPN Johor ban terus penceramah yang tengah viral tu. Sebab bila tengok video-video dia di Instagram (IG)/TikTok, most sekolah yang dia pergi adalah sekolah Johor.
"In the first place, macam manalah sekolah-sekolah boleh panggil orang macam dia bagi ceramah? Takkan pakai tangkap muat je?".
Dia berpandangan sangat berbahaya sekiranya individu sedemikian dibenarkan berinteraksi rapat dengan murid sekolah.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Norlizah Noh, berkata satu sesi libat urus membabitkan pegawai penyelaras sektor pengurusan dan pembangunan murid berhubung isu terbabit akan diadakan esok.
"Ini susulan beberapa video tular membabitkan pempengaruh media sosial yang memberikan ceramah di sekolah dipercayai dalam negeri ini. Saya ambil maklum perkara ini, telah minta JPN Johor memantau aktiviti ceramah di sekolah-sekolah.
"Esok akan diadakan diadakan sesi libat urus pegawai penyelaras di sektor pengurusan murid dan sektor pembangunan murid yang membabitkan 11 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Johor," katanya dalam ciapan di platform sama, hari ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... layang-undang-resah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|