View: 10562|Reply: 0
|
[Johor]
Lelaki dakwa jiran buat bising 12.30 tengah malam ganggu tidur
[Copy link]
|
|
TANGKAP layar video menunjukkan seorang lelaki menegur seorang wanita yang didakwa membuat bising dengan melakukan upacara sembahyang lewat tengah malam sehingga mengganggu jiran yang lain.
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki bertengkar dengan jirannya yang didakwa membuat bising ketika upacara keagamaan di hadapan rumahnya di sebuah blok apartmen di Taman Universiti, Skudai di sini.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar 12.30 tengah malam itu mengundang kemarahan lelaki terbabit kerana tidak dapat tidur disebabkan bunyi yang sangat bising sejak beberapa hari.
Video itu memaparkan seorang lelaki memarahi seorang wanita setelah jirannya itu membuat bising ketika sudah lewat malam sehingga mengganggu tidurnya dengan adanya bunyi-bunyi bising.
Ketua Polis daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 3.43 petang semalam.
Balveer Singh berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 12.30 tengah malam pada 8 Disember lalu.
“Polis mengesan satu video tular di laman sosial mengenai pergaduhan mulut antara jiran. Pergaduhan itu berpunca daripada perselisihan faham kerana bunyi bising sehingga menimbulkan rasa tidak senang penghuni lain.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta menyalurkannya kepada pegawai penyiasat, Inspektor Jeffri Joni di talian 011-65141322,” katanya.
Kes disiasat polis mengikut Seksyen 13 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... malam-ganggu-tidur/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|