CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6124|Reply: 0

[Kelantan] 37 kampung di Kelantan masih ditenggelami banjir

[Copy link]
Post time 19-12-2023 07:36 PM | Show all posts |Read mode
37 kampung di Kelantan masih ditenggelami banjir

OlehHAZELEN LIANA KAMARUDIN
19 Disember 2023 05:16pm




Anggota APM membuat tinjauan banjir pada laluan di Kampung Bukit Pedah, Rantau Panjang. - Foto: APM

RANTAU PANJANG - Sebanyak 37 kampung di Kelantan masih ditenggelami banjir walaupun keadaan cuaca baik pada Selasa.

Kesemua kampung terbabit berada di jajahan Pasir Mas yang menyaksikan jumlah mangsa banjir masih mencatatkan empat angka iaitu seramai 3,807 orang yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).


Ada segelintir penduduk pulang ke kediaman masing-masing untuk mencuci apa yang patut walaupun kawasan rumah mereka masih dipenuhi air banjir.



Empat jalan utama di sini juga masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu Tok Deh-Gual Periok, Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah, jalan SK Gual To'Deh dan Pengkalan Rakit-Batu Karang.

Tinjauan Sinar Harian di Kampung Tersang, To'Deh dekat sini mendapati, kebanyakan rumah kosong tanpa penghuni kerana mereka berada di PPS, namun ada sesetengahnya pulang ke kediaman mereka untuk mencuci apa yang patut.



Warga emas dari Kampung To'Deh, Fatimah Hamat, 80, berkata, dia sudah biasa dengan situasi banjir terbabit, namun tidak pernah berpindah.


Fatimah (tengah) meluahkan perasaannya bukan sekali pindah, tetapi sampai tiga kali. Sedangkan sepanjang hidup dia tidak pernah pindah walaupun banjir




Ujarnya, sebelum ini kawasan kediamannya hanya dinaiki air sekitar dua hingga tiga hari jika hujan tanpa henti serta lebat pada musim tengkujuh.


"Namun sejak Projek Pembangunan Lembangan Bersepadu (PLSB) Sungai Golok dibina, saya terpaksa berpindah ke PPS.
"Bukan sekali pindah, tetapi sampai tiga kali. Sedangkan sepanjang hidup saya tidak pernah pindah walaupun banjir," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Menurutnya, banjir kali ini air di dalam rumah mencecah sehingga satu meter.


Keadaan banjir di Kampung To'Deh, Rantau Panjang pada Selasa.


Fatimah memberitahu, bukan itu sahaja dia serta penduduk lain juga perlu berhadapan dengan banjir termenung yang mengambil masa hampir sebulan.


Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Bencana Jajahan Pasir Mas, Kapten Pertahanan Awam Mohd Arif Mohd Zain berkata, paras air Sungai Golok menunjukkan tren menurun dan berada pada paras 9.42 meter pada jam 4 petang.

"Sebanyak 1,1162 keluarga masih ada di 13 PPS. PPS SK Gual To'Deh mencatatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 901 orang, diikuti SK Gual Periok (511) serta SMK Baroh Pial, 507.

"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa banjir di kawasan masing-masing,"katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.032628 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list