CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9584|Reply: 0

[Pahang] Pemandu e-hailing ditahan disyaki pukul penumpang dengan kerusi lipat

[Copy link]
Post time 20-12-2023 06:58 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu e-hailing ditahan disyaki pukul penumpang dengan kerusi lipat


BERNAMA



GAMBAR hiasan



Kuantan: Polis menahan seorang pemandu e-hailing disyaki memukul penumpangnya seorang wanita warga China yang juga penuntut sebuah universiti di negara ini, menggunakan kerusi lipat.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata lelaki berusia 32 tahun itu ditahan pada 7.15 malam semalam, selepas hadir membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

"Polis turut merampas kerusi lipat yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian.

"Punca kejadian dipercayai kerana suspek mendengar mangsa menutup pintu kereta dengan kuat selepas menurunkan mangsa di sebuah hotel," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Zahari berkata suspek juga didapati mempunyai kad orang kurang upaya (OKU).

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, mangsa yang berusia 22 tahun membuat laporan polis mendakwa dipukul beberapa kali menggunakan kerusi lipat oleh seorang pemandu e-hailing pada 6.20 pagi, pada 16 Disember sehingga mengalami kecederaan pada jari, tangan dan muka.

Mangsa mendakwa kejadian berlaku semasa dia dan seorang rakan wanita menggunakan kenderaan e-hailing itu untuk pulang ke hotel dari sebuah lokasi pelancongan di sini.



Disiarkan pada: Disember 20, 2023 @ 6:22pm








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.095813 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list