View: 16317|Reply: 1
|
Bukit Bintang Penuh Sampah Selepas Sambutan Krismas
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya: Kemeriahan sambutan perayaan Hari Krismas di Bukit Bintang malam semalam bertukar sebaliknya selepas banyak sisa sampah dibiarkan yang bertaburan di atas jalan oleh pengunjung.
Menerusi rakaman video berdurasi 26 saat yang dimuat naik @zarifhakimi_ di aplikasi X, pelbagai jenis sampah termasuk tin dan botol minuman, plastik serta kotak bersepah di bahu dan tengah jalan.
“Ini bukan Bukit Bintang lagi. Ia adalah ‘bukit sampah’,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Rakaman video itu turut menunjukkan orang ramai yang berada di lokasi seolah-olah tidak ambil peduli sampah yang berlonggok di tepi jalan malah kenderaan yang melaluinya dilihat melanggar sisa buangan itu.
Rata-rata netizen berang dengan keadaan itu dan menyifatkan mereka yang membuang sampah merata-rata itu sebagai orang tidak bertamadun.
“Pernah sambut malam tahun baru di sana dan saya menyesal sebab penuh dengan manusia mabuk dan juga sampah sarap. Ada juga yang melakukan gangguan seksual,” komen Hadi.
“Bukit Bintang sekarang penuh dengan warga asing dan juga longgokan sampah. Sangat-sangat sesak dan tidak selamat untuk berada di sana,” tambah Emyra.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
| |
|