CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3072|Reply: 0

Aniq mampu raih pingat di Olimpik

[Copy link]
Post time 27-12-2023 12:22 PM | Show all posts |Read mode

ANIQ masih perlu memperbaiki beberapa kelemahan terutama dalam acara snatch jika mahu memenangi pingat di Olimpik Paris tahun depan.

PRESTASI semasa ditampilkan jaguh angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan memberi petanda positif buat kontinjen Malaysia menjelang temasya Sukan Olimpik 2024 yang akan berlangsung di Paris, Perancis.

Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) optimis atlet berusia 21 tahun itu berada di landasan tepat untuk melayakkan diri ke temasya sukan terbesar dunia tersebut berdasarkan kedudukan ketujuh dalam ran­king kelayakan.

Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat menyuarakan keyakinan Aniq mampu menjadi atlet Malaysia pertama meraih pi­ngat Olimpik dalam angkat berat sekiranya prestasi terus mening­kat sehingga temasya sukan itu membuka tirainya.

“Aniq masih muda, dia sedang menuju kemuncak prestasi ketika ini, iaitu antara usia 22 hingga 26 tahun. Kami percaya dengan komitmen dan tumpuan dalam latihan selain semangat juang yang tinggi, saya yakin kita boleh membawa pulang pingat.

“Warna pingat tidak pasti lagi kerana bergantung kepada ­prestasi semasanya. Saya percaya dengan karakter dimiliki Aniq, memang ada potensi untuk merangkul pingat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki Aniq, terutamanya dalam acara snatch jika mahu mencerahkan peluang menjelmakan pingat.

“Saya sudah berbincang de­ngan jurulatih Aniq. Saya minta beliau untuk melihat semula vi­deo-video kejohanan yang disertai Aniq yang mana kita lihat dia ada kelemahan dalam snatch dan ia perlu diperbaiki,” ujar Ayub.

Terdahulu, atlet kelahiran Johor itu menampilkan aksi cemerlang pada Kejohanan Angkat Berat Dunia Grand Prix II di Qatar apabila merangkul pingat perak menerusi acara clean & jerk dan gangsa keseluruhan bagi kategori 61 kilogram (kg).

Selain itu, Aniq turut meme­cahkan rekod kebangsaan milik­nya apabila dia berjaya melakukan angkatan 296 kilogram.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... -pingat-di-olimpik/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.098434 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list