View: 4583|Reply: 0
|
Tak mustahil genggam emas Olimpik
[Copy link]
|
|
AZIZULHASNI kekal menjadi taruhan terbaik kontinjen negara untuk meraih pingat emas pada Olimpik Paris 2024.
KETUA Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengakui cabaran untuk menggenggam pingat emas Olimpik pertama negara di bumi Perancis tahun depan agak sukar, namun ia tidak mustahil.
Menurut Hamidin, buat masa sekarang tiada gambaran jelas mengenai sasaran kerana semua atlet sedang giat menjalani persiapan memandangkan temasya sukan berprestij dunia itu hanya berbaki kurang lapan bulan lagi.
Justeru, Hamidin menggesa agar kesemua atlet yang kini bersiap sedia menghadapi proses kelayakan dapat memberikan prestasi terbaik dalam setiap sesi latihan serta kejohanan kompetitif bakal disertai nanti.
“Kita boleh tunggu pada April atau Mei depan untuk melihat gambaran jelas mengenai harapan saya (Olimpik Paris 2024).
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, bukan mudah untuk kita meraih pingat emas pada edisi 2024 kali ini dan ia lebih sukar kerana kita tidak pernah menggenggam emas.
“Semua pihak perlu berusaha sehingga hari pertandingan dan biar takdir yang menentukan. Jika dilihat mengenai potensi, (Datuk) Azizulhasni Awang yang paling dekat disusuli dengan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
“Cuma, Aaron-Wooi Yik belum stabil kerana sering terkandas di peringkat suku akhir dan separuh akhir sebelum ini. Kita harap mereka berada di puncak prestasi pada temasya itu nanti,” katanya.
Untuk info, Malaysia tidak pernah memenangi pingat emas di pentas Sukan Olimpik sejak mengambil bahagian di temasya tersebut buat kali pertama pada edisi 1956 di Melbourne, Australia.
Pencapaian terbaik dilakar kontinjen negara adalah pada Sukan Olimpik 2016 di Brazil apabila merangkul empat pingat perak dan satu gangsa.
Sebagai rekod, temasya Sukan Olimpik 2024 dijadualkan bermula pada 26 Julai hingga 11 Ogos depan.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... nggam-emas-olimpik/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|