CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3938|Reply: 0

[Johor] Cerun runtuh di Jalan Kota Tinggi-Kluang, hanya satu lorong dibuka

[Copy link]
Post time 29-12-2023 09:29 AM | Show all posts |Read mode


Satu kejadian cerun runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Kota Tinggi-Kluang di laluan FT091 Seksysen 70.2-70.2 - Foto: APM

JOHOR BAHRU - Satu kejadian cerun runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Kota Tinggi-Kluang di laluan FT091 Seksysen 70.2-70.2 pada Khamis.

Berdasarkan laporan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, kejadian itu menyebabkan hanya satu lorong sahaja dibuka ketika ini bagi kegunaan kepada semua kenderaan.

Bagaimanapun, pemantauan berterusan akan dilakukan dari masa ke masa oleh pihak berwajib bagi memastikan keselamatan di laluan berkenaan.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met-Malaysia) melaporkan, ribut petir dan hujan lebat diramalkan berlaku daerah Muar, Batu Pahat dan Pontian manakala hujan berterusan dijangka berlaku di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Selain itu, tiga sungai melibatkan Sungai Segamat di Segamat Kecil, Sungai Skudai di Kampung Pasir, Johor Bahru dan Sungai Asyer Hitam di Kampung Mawai Kota Tinggi mencatatkan peningkatan dan berada pada aras waspada setakat jam 4 petang Khamis.

Sungai Segamat mencatatkan 36.16 meter (m) daripada aras bahaya (37.30 m), Sungai Skudai mencatatkan 0.06 m daripada aras bahaya (1.00 m) dan Sungai Ayer Hitam mencatatkan 3.04 m daripada aras bahaya 6.00 m.

Sementara itu, tiada ada pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka setakat jam 4 petang, Khamis dan hanya tiga PPS masih beroperasi melibatkan PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin bagi daerah Mersing manakala PPS Balai Raya Kampung Batu Badak dan PPS Balai Raya Kampung Jabi di daerah Segamat bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir dari kawasan sekitar.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.211069 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list