View: 31535|Reply: 0
|
[Johor]
Banjir di Johor beransur pulih
[Copy link]
|
|
Keadaan rumah mangsa banjir masih digenangi banjir termenung di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat
JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih apabila hanya tinggal satu pusat pemindahan sementara (PPS) sahaja yang masih beroperasi di Segamat, setakat pagi hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, seramai 25 penduduk daripada lapan keluarga ditempatkan di PPS terbabit.
“Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih setelah sebuah PPS di Dewan Komuniti Kampung Tasek, Jementah ditutup pada pukul 5 petang semalam.
“Kini tinggal hanya satu PPS Balai raya Kampung Batu Badak yang menempatkan seramai 25 penduduk Kampung Seberang Batu Badak yang belum dibenarkan pulang sejak 28 Disember lalu,” katanya kepada pemberita hari ini.
Dalam perkembangan berasingan, Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri memberitahu, jalan masuk ke Kampung Orang Asli Peta masih terputus hubungan disebabkan banjir.
“Keadaan cuaca di negeri ini juga dalam keadaan baik setelah tidak ada amaran ribut petir atau hujan lebat berterusan di kesemua daerah di Johor.
“Sumber Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor menunjukkan Sungai Muar Di Buloh Kasap dan Sungai Siku di Kampung Murni Jaya berada di paras waspada,” katanya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... hor-beransur-pulih/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|