CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31762|Reply: 0

[Johor] Lelaki redah banjir cemas dihanyutkan arus deras

[Copy link]
Post time 2-1-2024 04:14 PM | Show all posts |Read mode

PIHAK bomba melakukan operasi menyelamat seorang penunggang motosikal selepas hanyut ketika cuba melintas laluan yang dinaiki air banjir di Kilometer 34 Jalan Jemaluang-Kota Tinggi hari ini.

MERSING – Seorang penunggang motosikal berdepan detik cemas apabila dia dihanyutkan arus deras ketika cuba melintas laluan yang dinaiki air banjir di Kilometer 34 Jalan Jemaluang-Kota Tinggi hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Arwan Abdullah berkat, pihak bomba menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 7.19 pagi sebelum menghantar 10 anggota ke lokasi kejadian.

“Mangsa adalah seorang lelaki dewasa berumur 23 tahun dipercayai telah hanyut ketika melalui jalan yang telah dinaiki air banjir menggunakan motosikal. Mangsa telah dibawa arus deras dan telah hanyut sejauh 7 meter pada kedalaman air 1.5 meter.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak menggunakan tali menyelamat untuk menarik mangsa ke kawasan air selamat. Mangsa dalam keadaan selamat dan tidak mengalami keceraaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Mersing melalui kenyataan di media sosial memaklumkan terdapat dua laluan yang ditutup untuk kenderaan ringan selepas dinaiki air sehingga pukul 10 pagi tadi.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... nyutkan-arus-deras/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.069838 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list