CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11729|Reply: 2

[Johor] Tak mustahil teman lelaki Bella dipanggil semula jika perlu - Polis

[Copy link]
Post time 4-1-2024 11:05 AM | Show all posts |Read mode

Kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila atau Bella sejak 16 Disember lalu masih menimbulkan misteri. FOTO Ihsan Pembaca.

Batu Pahat: Keluarga dan orang ramai diminta memberi ruang dan kepercayaan penuh kepada polis untuk menjalankan siasatan kes Mira Sharmila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella, yang dipercayai hilang di daerah ini sejak 16 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, siasatan masih dijalankan ke atas kehilangan ibu tunggal anak dua berusia 32 tahun itu dan diharap pihak keluarga dapat bersabar serta menyerahkannya kepada polis.

"Siasatan secara terperinci akan dilakukan dari setiap sudut dan ada beberapa perkara yang kami tidak boleh dedahkan agar ia tidak mengganggu siasatan polis.

"Sebelum ini polis ada menahan seorang pemuda berusia 24 tahun yang dipercayai teman lelaki wanita itu, namun telah dibebaskan dengan jaminan polis dan tidak mustahil akan memanggilnya sekiranya perlu," katanya ketika dihubungi, hari ini.



Setakat ini, Ismail berkata, lima individu sudah direkod keterangan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, kakak mangsa Norhisham, 36, ketika ditemui menyatakan keluarganya mengharapkan agar Bella dapat ditemui walau apa juga keadaannya.

Menurutnya, hingga kini banyak pihak telah menghubungi mereka sekeluarga dan menawarkan diri untuk membantu mencari Bella dengan pelbagai kaedah.

"Alhamdulillah, satu Malaysia prihatin dengan kehilangan adik saya hinggakan saya dihubungi oleh mereka yang berada di Sabah dan bersedia datang ke sini (Batu Pahat) untuk membantu mencari Bella.

"Kami sekeluarga juga telah bertemu beberapa ustaz bagi mendapatkan pandangan mereka, namun dalam masa yang sama menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan hingga Bella ditemui," katanya.

Terdahulu, Bella yang mempunyai dua anak berusia dua dan empat tahun, dilaporkan hilang selepas didakwa keluar bersama teman lelakinya ke sebuah kedai dobi di daerah ini dengan laporan polis dibuat ahli keluarganya pada 16 Disember 2023.https://www.hmetro.com.my/mutakh ... la-jika-perlu-polis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2024 11:31 AM | Show all posts
knp kes skrg susah btol nak trace eh? mcm kes ni mmg family ckp last jumpa Bella si bf dia ni. pas tu dia tinggalkan bella kt mane ntah sbb gaduh dlm kete. pas tu baju yg si bella ni nak basuh masa kt dobi tiba2 bf dia hantar balik kt rumah sedangkan masa tu bella dah hilang. hp bella pon masa tu trace ade kt depan umah dia. tp bf dia aman2 je polis bebaskan lepas kena soal siasat..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 04:53 PM | Show all posts
mizruncing replied at 4-1-2024 11:31 AM
knp kes skrg susah btol nak trace eh? mcm kes ni mmg family ckp last jumpa Bella si bf dia ni. pas t ...

The bf pula ada access ke rumah bella, ada kunci rumah bella juga. Pls lah budak ni muda lagi, why oh why fell for budak muda. I suspect jealousy @ tahi dadah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.135904 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list