CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10694|Reply: 0

[Perak] Kelibat 'pak belang' di Kampung Kuala Kenering

[Copy link]
Post time 4-1-2024 11:25 AM | Show all posts |Read mode

FOTO tular menunjukkan kelibat harimau belang di Jalan Baling-Kuala Kangsar berdekatan Kampung Kuala Kenering, Kenering di sini, malam tadi.

Gerik: Kelibat harimau belang di Jalan Baling-Kuala Kangsar berdekatan Kampung Kuala Kenering, Kenering di sini, malam tadi.

Saksi kejadian, Mohammad Jalil Md Rodzi, 32, ketika dihubungi berkata, dia melihat sendiri kelibat harimau berkenaan tidak jauh dari sebuah premis kedai makan di Kampung Kuala Kenering ketika perjalanan bersama keluarganya ke kedai makan terbabit.

Katanya, kelibat harimau itu pada mula disedari oleh isterinya yang turut berada bersama dua anak mereka di dalam kereta yang dipandunya ketika itu dari kediaman mereka di Felda Lawin Selatan di sini, kira-kira 8 malam tadi.

"Ketika memandu di jalan utama, isteri tiba-tiba mengatakan ada terlihat seperti harimau belang, jadi saya sanggup berpatah balik untuk memastikan sendiri sama ada benarkah apa yang dilhat isteri adalah harimau belang atau binatang lain.



"Jadi memang betul saya nampak ia memang harimau belang. Pada masa itu juga ada sebuah kereta lain berhenti berdekatan lokasi penampakan harimau itu untuk merakam visualnya dengan kelakuan harimau terbabit sewaktu itu dilihat tidak agresif.

"Sempat juga saya merakam visual harimau itu, namun tidak berapa jelas kerana ketika saya tiba harimau itu sudah menjauhi lokasi berkenaan. Gambar yang saya lampirkan pada hantaran di Facebook adalah yang saya perolehi dari individu di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Menurutnya lagi, berdasarkan maklumat dari beberapa rakannya yang tinggal di Kampung Malau yang tidak jauh dari situ, kawasan itu juga sememangnya pernah gempar dengan kemunculan 'pak belang' terbabit, sejak bulan lalu.

"Kampung berkenaan juga gempar apabila petang tadi (semalam) apabila seekor anjing yang menjaga kawasan kebun dilihat cedera dipercayai berjaya lolos dari serangan harimau," katanya.

Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan menerima laporan kemunculan seekor harimau belang itu.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusuff Shariff ketika dihubungi malam tadi berkata, susulan aduan berkenaan, pihaknya menghantar kakitangan untuk meninjau serta menyiasat perkara itu.https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pung-kuala-kenering
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.219630 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list