View: 30262|Reply: 0
|
[Johor]
Adik...kau pergi jua
[Copy link]
|
|
Rabitah menunjukkan gambar arwah abangnya yang meninggal dunia selepas dua minggu ditidurkan akibat terjatuh dalam longkang. FOTO Alias Abd Rani
Batu Pahat: "Dalam tempoh dua minggu, kami menanti dengan penuh harapan. Setiap hari kami tunggu adik di rumah, tapi yang pulang adalah jenazah," kata Rohani, 47, kakak kepada Shahrul Md Salleh.
Arwah Shahrul Md Salleh, 45, meninggal dunia selepas dua minggu ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), akibat terjatuh dalam longkang sedalam lebih tiga meter, pada malam 25 Disember lalu.
Difahamkan, longkang terletak di hadapan sebuah pasar raya itu masih dalam pembinaan bagi tujuan projek pembesaran jalan raya di Parit Raja.
Kejadian menimpa arwah dipercayai berlaku pada jam 8.30 malam menyebabkan dia 'terendam' dalam air dalam tempoh agak lama sebelum ditemui pengguna jalan raya.
Menceritakan kejadian itu, Rohani berkata, arwah didapati tidak pulang ke rumah seperti hari biasa sebelum mereka sekeluarga keluar mencarinya.
"Usaha kami lakukan gagal malah, kami risau akan keselamatannya ketika itu. Pada jam 9.30 malam, kami terpandang mesej dalam kumpulan WhatsApp yang bertanyakan waris arwah selepas ditemui dalam longkang.
"Ketika itu, mereka memberitahu arwah sudah dihantar ke hospital oleh orang awam. Secara kebetulan, pada hari kejadian, arwah tidak membawa dokumen pengenalan diri.
"Apabila kami tiba di hospital, doktor sudah menidurkannya kerana oksigen tidak stabil. Lima hari kemudian doktor memasukkan tiub mendapati ada pendarahan serta satu tulang rusuk patah selain kecederaan di paru-paru," katanya ketika ditemui di rumahnya di Parit Raja Laut, di sini.
Pada masa sama, katanya, doktor memberitahu adik juga mengalami jangkitan kuman selepas terminum air dalam longkang itu.
Katanya, beberapa jam sebelum pemergiannya, mereka mendapat panggilan daripada pihak hospital meminta datang segera kerana mahu memberi penerangan mengenai tahap kesihatan adiknya.
"Sejak dimasukkan ke ICU, keadaan jantungnya agak lemah selain tekanan darah semakin rendah. Doktor memutuskan untuk memasukkan ubat bagi menguatkan jantung dan menaikkan tekanan darah.
"Waktu itu, hati saya dah tak berapa sedap sehinggalah tengah malam tadi, saya dapati adik sudah tiada.
"Dalam kes ini saya tidak menyalahkan atau mengaitkan kecuaian sesiapa pun kerana mungkin ini asbab untuk Allah mengambil adik saya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 4/adikkau-pergi-jua |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|