CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29194|Reply: 0

[Johor] JAKOA pastikan bekalan makanan Orang Asli terjejas banjir sentiasa cukup

[Copy link]
Post time 7-1-2024 06:15 PM | Show all posts |Read mode

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor dengan beberapa agensi berkaitan membuat penghantaran bakul makanan di beberapa Kampung Orang Asli di Mersing menerusi jalan sungai susulan banjir di daerah itu. - Foto BERNAMA



JOHOR BAHRU: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Johor akan memastikan bekalan makanan kepada masyarakat Orang Asli terjejas banjir di negeri ini, termasuk yang terputus hubungan, sentiasa mencukupi.

Pengarahnya, Faisal Long, berkata sehingga kini terdapat tiga Kampung Orang Asli (KOA) di Mersing dan enam KOA di Kluang yang terjejas hubungan susulan banjir.

Bagi memastikan bekalan makanan kepada mangsa tidak terputus, pihaknya telah menghantar 130 bakul makanan kepada mangsa yang terletak di dua kampung di daerah Mersing iaitu Kampung Punan dan Kampung Tewowoh semalam.

"Kita juga akan menghantar sebanyak 220 bakul makanan di daerah Kluang pada 10 Januari nanti dan antara perkampungan Orang Asli yang terjejas kali ini ialah Kampung Pucur, Kampung Sungai Peroh dan Kampung Sedohok.

"Bagi mangsa di Kampung Peta di Mersing, bekalan bakul makanan telah dihantar beberapa hari lepas dan masih mencukupi," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.



Selain itu, beliau berkata pihak JAKOA turut berjaya mengeluarkan seramai 11 pelajar dari Kampng Punan dan Kampung Tewowoh, Mersing, untuk meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nitar, Mersing serta dan seorang penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kuala Lipis, Pahang, dari Kampung Punan, Mersing.

"Kita juga telah berjaya mengeluarkan seorang ibu yang sarat mengandung dan seorang pesakit kanser dari Kampung Punan dengan bantuan pejabat kesihatan daerah untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital," katanya.

Beliau menambah operasi penghantaran bekalan menempuh laluan sungai itu turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat; Agensi Pertahanan Awam (APM) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Bagi mangsa banjir yang memerlukan bantuan tambahan, Faisal berkata mereka boleh berhubung dengan pusat kawalan operasi banjir (PKOB). – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.047015 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list