CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29565|Reply: 0

[Johor] Johor laksana Ops Payung bantu calon SPM, STPM terjejas banjir

[Copy link]
Post time 7-1-2024 06:22 PM | Show all posts |Read mode


JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor bersama Jabatan Pendidikan Negeri akan melaksanakan 'Ops Payung' bagi membantu calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di lokasi terjejas banjir di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Norlizah Noh, berkata perkara itu bagi memastikan kedua-dua peperiksaan akan berjalan seperti yang dijadualkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Beliau berkata, operasi itu antaranya membabitkan kaedah penyelesaian bagi memastikan pelajar dapat menduduki peperiksaan meskipun pusat peperiksaan atau kawasan persekitaran, kediaman calon atau jalan ke pusat peperiksaan terjejas akibat banjir.

"Sebagai contoh, jika jalan menuju ke pusat peperiksaan sahaja yang terlibat banjir sedangkan kediaman calon dan pusat peperiksaan tidak terbabit maka, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia akan membawa calon ke pusat peperiksaan.

"Kebebasan berpakaian diberikan kepada calon semasa peperiksaan dijalankan, kebajikan calon dan petugas peperiksaan juga adalah tanggungjawab pihak sekolah serta sekolah akan menyediakan peralatan menjawab kepada calon yang terlibat dengan banjir," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setakat ini seramai 235 pelajar terjejas banjir dan sembilan buah sekolah rendah di negeri itu dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

"Hanya sekolah rendah sahaja dijadikan PPS, manakala sekolah menengah akan digunakan sebagai pusat peperiksaan awam SPM dan STPM," katanya.

Menurut beliau secara keseluruhan, seramai 48,276 pelajar di Johor akan menduduki SPM pada 8 Januari hingga 7 Mac ini dan 8,831 pelajar menduduki STPM bermula 22 Jan hingga 6 Februari.

Norlizah berkata, terdapat 364 pusat peperiksaan membabitkan 4,205 petugas, 900 sukarelawan dan 112 penyelia kawasan bagi SPM di Johor, manakala bagi STPM, terdapat 75 pusat peperiksaan dengan 572 petugas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.044954 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list