CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29579|Reply: 0

[Johor] Bandar Kota Tinggi mula dinaiki air

[Copy link]
Post time 7-1-2024 06:29 PM | Show all posts |Read mode


KOTA TINGGI: Bandar Kota Tinggi mula dinaiki air selepas hujan lebat sejak malam tadi dan berlarutan sehingga kini.


Tinjauan mendapati jalan-jalan utama di Bandar Kota Tinggi termasuk Kampung Kelantan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peng Hwa, depan Arked Mara dan deretan kedai di tepi sungai Johor dalam kawasan bandar terbabit mula dinaiki air banjir.
  
Kampung Kelantan, Kota Tinggi, yang berdekatan dengan Sungai Johor mula dinaiki air selepas hujan tanpa henti sejak malam tadi. - NSTP/Omar Ahmad


Manakala Sungai Johor berada pada paras amaran iaitu 2.43 meter hampir mendekati aras bahaya 2.6 meter.

Seorang peniaga di Gerai Muafakat Jalan Niaga, Kota Tinggi di sini telah mengambil langkah awal mengemas dan meletakkan barangan kedai di tempat tinggi sejak Jumaat lalu.

Katanya kedai cenderahati yang diusahakan itu pernah kerugian 100 peratus ketika banjir 2007.

"Banjir pertama dialami pada tahun 2007 ketika itu tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang di kedai saya.

"Banjir kali kedua pada 2020, saya kerugian lebih RM5,000 manakala banjir pada tahun lalu, saya sempat menyelamatkan barangan kerana membuat persiapan awal.

"Jangkaan air pasang penuh berlaku pada hari ini. Jika berlaku air pasang dan hujan lebat tidak henti dalam masa lebih sejam sahaja kedai kami sudah boleh dilanda banjir.

"Memang persiapan sudah dibuat sejak pagi tadi pun saya sentiasa memerhati keadaan sekeliling bimbang jika tiba-tiba air naik namun dalam masa sama amat berharap agar tidak berlaku banjir," katanya.

Keadaan banjir di Taman Desa Riang, Kota Tinggi. - Foto Polis Daerah Kota Tinggi

Pemantauan jalan dinaiki air oleh anggota Unit Kereta Peronda (JH 162), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di KM 2.7 Jalan Kota Tinggi-Kluang berhampiran simpang masuk Taman Daiman, Kota Tinggi, hari ini. - Foto ihsan Polis Daerah Kota Tinggi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.040336 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list