CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4826|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Ketukan misteri di Kuala Pilah pula

[Copy link]
Post time 9-1-2024 10:55 AM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK kampung membuat rondaan berikut misteri gangguan ketukan pintu. FOTO Azrul Edham

Kuala Pilah: "Selepas tiga kali pintu diketuk, terdengar tombol pintu pula dipulas. Ia betul-betul dekat dengan tempat saya tidur dan dapat dengar dengan jelas," kata Nafisah Mohd Sahabuddin, 38, penduduk Kampung Kepis Ulu, di sini.

Misteri ketukan pintu itu kini menghantui penduduk Kepis Ulu dan sehingga awal pagi tadi sekurang-kurangnya 13 rumah menerima 'tetamu' tak undang itu sejak malam 31 Disember lalu.

Nafisah berkata, kejadian berlaku pada 3.50 pagi Ahad lalu ketika dia sedang tidur bersama nenek dan anak perempuanya, 10.

"Selepas dengar ketukan dan tombol pintu dipulas, saya terus bangun dan buka lampu namun tidak berani untuk buka pintu kerana bimbang jika ada perkara yang tidak diingini berlaku.



"Saya kemudiannya meninjau melalui tingkap, namun tidak nampak sebarang kelibat. Selepas itu saya memang tidak dapat tidur sebelum ibu yang tidur di bilik lain terjaga jam 4.30 pagi dan bertanya apa yang terjadi," katanya ketika ditemui, malam tadi.

Jelasnya lagi, kira-kira 6 pagi, dia dan ibunya keluar meninjau keadaan di luar rumah berhampiran pintu itu, namun tidak menemui sebarang jejak atau kesan manusia.

"Jika ada orang datang ke rumah memang akan ada jejak kaki kerana keadaan di hadapan rumah becak selepas hujan pada malam kejadian. Saya difahamkan kejadian sama berlaku di dua rumah lain pada malam sama," katanya.

Sementara itu, Hasdi Abu Hasan, 52, berkata, rumahnya diganggu ketukan misteri sebanyak dua kali masing-masing pada malam 31 Disember dan 2 Januari lalu.

"Saya difahamkan rumah saya adalah kediaman pertama yang diganggu ketukan misteri di kawasan ini. Kedua-dua kejadian berlaku ketika saya tiada di rumah, namun diceritakan anak dan ibu saya.

"Apa yang membuatkan saya hairan, di kawasan rumah saya terdapat dua anjing, namun ketika kedua-dua kejadian, haiwan berkenaan membisu," katanya yang menasihatkan anak serta ibunya supaya memasang lampu di luar rumah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kepis Ulu, S Afendi Baharuddin berkata, dia meminta bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan polis untuk menjalankan rondaan.

"Setakat malam tadi, kami difahamkan sudah 16 rumah yang mengalami kejadian sama. Jadi, bagi menenangkan penduduk kampung dan dalam masa sama bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku kami meminta kerjasama anak muda di kampung ini untuk melakukan rondaan.

"Kami juga meminta pihak masjid dan surau untuk membuat bacaan Yasin selama tiga malam berturut-turut. Kami sendiri tidak tahu apa yang menggangu penduduk, jadi dengan inisiatif ini sedikit sebanyak membantu meredakan kegelisahan mereka," katanya.

Tambahnya, apa yang menghairankan, sebaik menerima maklumat gangguan menerusia kumpulan Whatsapp, peronda bergegas ke lokasi, namun selepas disiasat memang tidak menemui apa-apa bukti atau kesan kehadiran manusia.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... di-kuala-pilah-pula

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.071217 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list