|
Warden madrasah, Habib Yusri, dihukum penjara tujuh tahun dengan enam sebatan kerana mencabul dua pelajarnya.
MUAR: "Kalau kamu ada kesempatan, pergilah jumpa pelajar terbabit dan minta maaf," demikian nasihat Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat, sebelum menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan enam sebatan terhadap seorang warden sebuah madrasah di daerah ini selepas mengaku salah melakukan amang seksual terhadap dua pelajarnya pada November lalu dan awal tahun ini.
Tertuduh, Habib Yusri Yusof, 45, yang berhadapan dua pertuduhan, kelihatan tenang ketika Abu Bakar membuat keputusan itu terhadapnya.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan oral seks terhadap seorang pelajar madrasah berusia 14 tahun pada jam 12 tengah hari, 4 Januari lalu.
Pertuduhan kedua pula, dia dituduh melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar etnik Rohingya berusia 16 tahun pada jam 7.30 pagi, November tahun lalu, dengan kedua-dua kejadian itu berlaku di madrasah tempat tertuduh mengajar.
Kedua-dua kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.
Hukuman bagi Seksyen 14 adalah penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan sementara hukuman tambahan bagi Seksyen 16, penjara sehingga lima tahun serta sebatan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Mengikut fakta kes, pembantu kepada mudir madrasah itu membuat laporan polis selepas dimaklumkan dua pelajarnya diperlakukan sedemikian oleh tertuduh .
Kejadian berlaku di bangunan madrasah berkenaan selepas tertuduh memanggil mangsa masuk ke biliknya bagi membantu menyusunkan barang-barang.
Ketika itulah mangsa mengambil kesempatan melakukan perbuatan keji terhadap mangsa berusia 14 tahun.
Sebelum itu, mangsa juga memperlakukan perkara sama terhadap mangsa berusia 16 tahun kononnya mahu mengukur baju.
Selepas mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan pertama, manakala pertuduhan kedua pula, hukuman penjara dua tahun serta satu sebatan.
Bagi Seksyen 16, mahkamah menetapkan hukuman penjara setahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan seksyen tambahan itu.
https://www.bharian.com.my/berit ... sa-sebelum-dijatuhi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|