View: 18515|Reply: 0
|
[Johor]
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati lalu Jalan Felda Sungai Mas-Lok Heng
[Copy link]
|
|
Jalan Felda Sungai Mas-Lok Heng.
Kota Tinggi: Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi papan tanda amaran ketika memandu di laluan Felda Sungai Mas menghala ke Lok Heng di sini, susulan kejadian tanah runtuh di jalan berkenaan semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata, jalan itu bagaimanapun masih selamat untuk dilalui kerana ia membabitkan runtuhan kecil di kawasan berkenaan.
"Jalan yang terbabit merupakan jalan 'dalam' yang menghubungkan Felda Sungai Mas ke Lok Heng, jalan itu juga digunakan sebagai jalan pintas untuk ke Sedeli dan Bandar Penawar," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, pihaknya sudah menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Tinggi bagi memaklumkan perkara berkenaan.
Terdahulu, tular video di laman sosial berdurasi satu minit memaparkan runtuhan bahu jalan di laluan berkenaan berikutan aliran air sungai yang deras susulan hujan lebat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sungai-mas-lok-heng |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|