CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5165|Reply: 0

[Selangor] Pekerja Islam bank konvensional disaran cari pekerjaan lain, elak berdosa

[Copy link]
Post time 11-1-2024 03:40 PM | Show all posts |Read mode

Luqman.

PETALING JAYA – Pekerja yang beragama Islam di sesebuah bank konvensional disarankan agar berusaha sebaik mungkin mencari pekerjaan halal yang lain.

Saranan tersebut disuarakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Dr. Luqman Abdullah dalam perkongsian di laman sesawang rasminya.

Beliau berkata, bank konvesional mempunyai muamalat berasaskan riba yang boleh menjurus kepada hukum haram jika orang Islam terlibat dalam aktiviti terbabit

“Perbezaan yang ketara antara bank konvensional dan bank islamik di sini boleh dilihat pada keuntungan dalam perbankan Islam diperoleh daripada transaksi yang dibenarkan oleh syarak seperti kontrak jual beli.

“Manakala faedah dalam perbankan konvensional pula, diperoleh secara langsung daripada kontrak piniaman dan ini tidak dibenarkan oleh syarak kerana membawa kepada riba,” katanya.

Jelas Luqman, mereka yang terlibat secara langsung dengan transaksi riba, maka pekerjaan dilakukan hukumnya adalah haram.

“Namun, mereka yang tidak terkait langsung dengan transaksi riba pekerjaanya adalah harus.

“Justeru itu, individu yang bekerja dalam dunia bank pekerjaan konvensional, dinasihatkan supaya berusaha sebaik mungkin untuk mencari pekerjaan halal yang lain,” pesannya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -lain-elak-berdosa/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.043833 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list