CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7015|Reply: 0

Fofana pastikan kemenangan pertama buat Ivory Coast

[Copy link]
Post time 14-1-2024 09:48 AM | Show all posts |Read mode

FOFANA beraksi cemerlang untuk menghadiahkan kemenangan pertama buat Ivory Coast. -FOTO AFP

Abidjan: Gol awal menakjubkan Seko Fofana memberikan tuan rumah Ivory Coast kemenangan 2-0 ke atas Guinea-Bissau buat menggembirakan penonton pada aksi pembukaan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) awal pagi tadi.

Fofana yang berpangkalan di Saudi menjaringkan gol pada minit keempat di Stadium Olimpik Ebimpe, di pinggir utara ibu kota Ivory Coast, Abidjan.

Ia adalah gol yang layak memenangi hampir mana-mana perlawanan dan kemudiannya disusuli dengan jaringan Jean-Philippe Krasso pada separuh masa kedua untuk memberikan Elephants tiga mata berharga dalam pertemuan Kumpulan A.

Mereka adalah pasukan yang lebih baik, walaupun menentang salah satu pasukan kerdil di kejohanan itu kerana mereka ingin memanfaatkan kelebihan di tempat sendiri untuk memenangi mahkota AFCON ketiga.​



"Kami menunggu detik ini untuk masa yang sangat lama. Kami tidak jatuh ke dalam sebarang perangkap, kami memenangi perlawanan itu dan walaupun tidak semuanya sempurna, kami sangat gembira," kata Fofana.

"Kami akan terus berusaha dengan rendah hati dan cuba membetulkan kesilapan kecil yang kami lakukan, tetapi saya fikir kami bermain dengan baik.

"Kami sangat gembira kerana memberikan semua orang yang datang ke sini sesuatu yang mereka inginkan serta semua orang yang menonton kami di televisyen."

Satu-satunya kekecewaan buat tuan rumah adalah hanya 36,858 penonton hadir pada perlawanan di stadium dengan kapasiti 60,000 tempat duduk itu dengan tiket dijual antara 5,000 (RM38) dan 15,000 CFA francs (RM116).

"Daripada apa yang saya boleh lihat stadium kelihatan penuh. Kami mendapat sokongan yang hebat," tegas Fofana.

Peminat yang berada di sana dihiburkan dengan upacara pembukaan yang riuh rendah, penuh warna-warni dan menampilkan nyanyian lagu rasmi kejohanan oleh kumpulan popular Ivory, Magic System.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ma-buat-ivory-coast
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.057935 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list