CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2490|Reply: 0

[Selangor] 14 penunggang motosikal ditahan dibawa solat Subuh berjemaah

[Copy link]
Post time 14-1-2024 04:14 PM | Show all posts |Read mode

Penunggang motosikal yang ditahan polis dibawa Surau Fazwina IPD Sungai Buloh untuk solat Subuh bersama. IHSAN PDRM.

Sungai Buloh: Pegawai polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh menerapkan nilai kerohanian kepada remaja yang melakukan kesalahan ketika menunggang motosikal apabila mereka yang ditahan dibawa ke Surau Fazwina, IPD Sungai Buloh untuk menunaikan solat Subuh berjemaah, semalam.

Seramai 14 penunggang motosikal yang melakukan kesalahan trafik itu mendirikan solat Subuh diimamkan Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Inspektor Che Hassan Ambok.

IPD Sungai Buloh pada kenyataan di Facebook berkata, pada operasi bermula jam 3 pagi, anggota dan pegawai dan BSPT IPD Sungai Buloh dengan dibantu anggota Balai Sungai Pelong menjalankan Operasi Pencegahan Samseng Jalan di Lebuhraya Guthrie.

Menurutnya, pada operasi itu, 108 penunggang diperiksa dengan 87 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan.


Selain itu, 14 motosikal disita atas kesalahan tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan ubah suai.

"BSPT Sungai Buloh menekankan penguatkuasaan undang-undang jalan raya dan tidak akan berkrompomi dengan kesalahan kelas utama jalan raya.

"Pada masa sama, pendedahan kerohanian juga dipraktikkan bagi menyedarkan individu yang ditahan berkaitan kesalahan dilakukan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lat-subuh-berjemaah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.633988 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list