|
KEADAAN air pasang besar di perkampungan nelayan Kampung Pendas Laut, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor. Foto RAJA JAAFAR ALI
ISKANDAR PUTERI – Pasar nelayan di perkampungan nelayan Kampung Pendas Laut, Gelang Patah, di sini, dinaiki air berikutan air pasang besar berlaku sejak Khamis lalu.
Air laut dari Selat Tebrau mula naik bermula pukul 11.30 dan pasang sepenuhnya satu jam kemudian.
Walaupun paras air laut naik sehingga ke paras lutut namun aktiviti jual beli tetap berjalan lancar dengan kehadiran pengunjung luar.
Seorang nelayan Ma’mom Mahabot 46 berkata, fenomena air pasang sering berlaku di perkampungan ini memandangkan kedudukannya di tepi pantai dan berada di kawasan rendah.
“Tahun ini sejak hari Khamis lalu air mulai pasang dan dijangka berlarutan sehingga Rabu, namun aktiviti nelayan tetap berjalan sama dengan anak-anak yang ke sekolah walaupun terpaksa meredah air sewaktu balik sekolah,” katanya kepada pemberita di sini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... nda-kampung-pendas/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|