View: 8836|Reply: 10
|
3 Buruh Didakwa Merompak Guna Pistol Dan Pedang, Larikan 6 Ekor Ayam
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Tiga buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan pistol dan pedang sebelum melarikan enam ayam, November lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Shafie Mukhtar, 31; Mohd Ariffadilan Ismail, 38; dan Mohd Zurmi Mat Hassan, 44, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Mengikut pertuduhan, mereka dengan niat bersama melakukan rompak berkumpulan bersenjata pistol dan pedang ke atas, Muhamad Faris Norhalim, 24, dan melarikan enam ayam miliknya.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Lubok Jambu di sini, 11.30 malam, pada 18 November lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 397 kanun yang sama.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalna Zainal Abidin dan tertuduh pertama diwakili peguam, Mohd Khairul Azwan Azhan, manakala tertuduh kedua dan ketiga tidak diwakili peguam.
Abu Arsalna tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun Mohd Khairul Azwan memohon supaya mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin dengan RM25,000 setiap seorang, masing-masing dengan seorang penjamin dan syarat tambahan supaya mereka tidak mengganggu saksi.
Hakim menetapkan 15 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sumber : Harian metro |
|
|
|
|
|
|
|
rompak ayam guna pistol??? mcm x berbaloi je hasilnye |
|
|
|
|
|
|
|
Berpistol pistolan utk mknn |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam serama ke?
Bersepah ayam kt kg. Yang nk berpedang pedang ni da kenapa |
|
|
|
|
|
|
|
hoihhh agak2 la nak merompak ayam pun berpedang pistol bagai. buang tenaga je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Perompak paling low class, curi haiwan. Semoga kau kena bahan + gelak dlm penjara |
|
|
|
|
|
|
|
ayam sabung jagoh kampung kut ni... tu yg kena rampok guna senjata
apa2 aje le set2 mandi telanje isap pelir agus nehhh |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kata ganas takat rompak ayam je
Nak kata tidak berpistol pedang bagai
Ni rompak ayam hitam yg mahal tu ke...
|
|
|
|
|
|
|
|
Lerrr kena scam dgn berita lama2 ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|