CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10451|Reply: 13

Prebet Tentera Mengaku Ceroboh Rumah, Menyamar Tipu Panglima 3 Divisyen

[Copy link]
Post time 15-1-2024 04:06 PM | Show all posts |Read mode





AYER KEROH: Seorang prebet tentera didenda RM2,400 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan menceroboh dan menyamar di rumah Panglima 3 Divisyen Kem Terendak, Sungai Udang, November tahun lalu.


Tertuduh, Muhammad Fikri Shaiff, 35, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.


Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan larangan rumah Panglima 3 Divisyen seperti termaktub di bawah perintah tetap Markas Garisan Terendak.


Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan atau dengan denda atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan (KK) dan boleh dihukum di bawah kanun sama.


Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati telah memakai uniform lengkap angkatan tentera berpangkat staf sarjan dengan niat bahawa ia mungkin dipercayai tergolong dalam jawatan berpangkat itu.


Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 171 KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda maksimum RM400 atau kedua-duanya sekali, mengikut jika sabit kesalahan.


Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di Pos Seri Setia Kem Terendak, di dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 6.09 pagi 14 November tahun lalu.


Mengikut fakta kes, tertuduh sebelum ini berpangkat staf sarjan dan telah dilucutkan pangkat kepada prebet susulan masalah disiplin selain dalam proses diberhentikan kerja semasa kejadian.


Laporan kejadian diterima daripada anggota bertugas di Pos Seri Setia Kem Terendak Sungai Udang berkenaan pencerobohan yang dilakukan tertuduh di pekarangan Rumah Panglima 3 Divisyen dengan niat hendak menipu.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asnini Kamarudin memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.


Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya bagaimanapun memohon hukuman ringan kerana dia sedang dalam proses dokumentasi untuk penamatan tugas selain perlu menjaga ibu yang sudah uzur.


Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh didenda RM2,000 bagi pertuduhan pertama atau satu bulan penjara jika gagal bayar.


Bagi pertuduhan kedua, tertuduh dikenakan denda RM400 atau jika tidak boleh dipenjara 10 hari.




Sumber : Astro Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2024 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..dia stress dn marah agaknya pd pegawai atasan..sedih pula dgr
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari pangkat staf sarjan turun pada prebet? Banyaknya turun. Salah disiplin apa yg dia buat?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Politik dalaman kot..ada yang tak suka la tu, jatuh kan karier member...

Ayat nye mesti camni "Tuan tuan kena ingat ye tuan tuan ada anak bini dan ibu yg tua di kampung".
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tentera umur da bnyk berhenti keje mmg masalah skit lah. Kalo nak berhenti, berhenti awal2. Tp masalahnya kontrak lah plk. X blh nak berhenti ikut suka
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 15-1-2024 06:01 PM
Tentera umur da bnyk berhenti keje mmg masalah skit lah. Kalo nak berhenti, berhenti awal2. Tp masal ...

35 muda lagi ....boleh buat bisnes mengurut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2024 08:50 PM | Show all posts
Nurul8001: Dari pangkat staf sarjan turun pada prebet? Banyaknya turun. Salah disiplin apa yg dia buat?

biasa kes macam ni dadah la ni. kalau askar perempuan
mengandung luar nikah boleh kena buang serta merta.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Umor dah 35...pun tak berakal lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2024 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jari10 at 15-1-2024 09:46 PM

Ada la tu kesalahan tatatertib sampai kena turun pangkat..takde maknanya kena pitnah ke apa. Ada kenalan aku kena turun pangkat drp 44 kpd 41. Ada jugak bekas staff sokongan tempat aku keje duluuuuu kena tahan kenaikan gaji tahunan..cukup bukti segala mmg mendapatlah hukuman drp lembaga tatatertib…sorang kesalahan memalsukan mc..sorang lagi isu kehadiran.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 01:58 PM | Show all posts
Ada laa tu tak puas hati dgn pegawai atasan..tentera faham2 laa BUDAYA dieorg..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesalahan apa le agaknya tu...
Dadah ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Chissssdale betul. Berita lama ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.044432 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list