CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9005|Reply: 6

Nak Ambil Air Di Sungai, Nenek 79 Tahun Cedera Parah Diserang Buaya

[Copy link]
Post time 16-1-2024 08:38 AM | Show all posts |Read mode







Seorang wanita berusia 79 tahun dilaporkan mengalami cedera parah selepas diserang oleh seekor buaya dalam satu kejadian yang berlaku di Kudat, Sabah.


Memerik laporan Harian Metro, wanita yang berusia 79 tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian tangan dan kaki akibat dibaham buaya berkenaan.


Menurut Ketua Polis Daerah Kudat iaitu Superintendan Mohd Haris Ibrahim, pihak mereka menerima laporan mengenai kejadian daripada anak mangsa pada kira-kira jam 1.53 petang Isnin.


Difahamkan, mangsa dipercayai diserang reptilia tersebut ketika hendak mengambil air di sungai yang terletak berhampiran dengan rumahnya.


Bagaimanapun mangsa sempat diselamatkan oleh penduduk kampung sebelum dihantar ke Hospital Kudat untuk rawatan lanjut.


Dalam pada itu, mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Kudat.


Pihak polis kini merujuk kejadian tersebut kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk tindakan lanjut.


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 11:57 AM | Show all posts
mcm last week pun serangan buaya di kudat....kenapa ni? buaya marah di sana?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
haritu viral juga kat sarawak pun sama ada kena serang buaya
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kakalongmu at 16-1-2024 03:06 PM

Macam dah banyak Kali serangan buaya berlaku kat Sabah Sarawak nun. Brunei dan Kalimantan jer tak dengar lagi beritanya. Baik la diburu buaya2 tu. Kulit buat beg Hermes. Dah belambak banyak dah kot sampai tak dak makanan nak membaham orang dah. Baik ler dikurangkan populasinya. Tinggalkan yang kecik2 tu jer
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakalongmu replied at 16-1-2024 12:34 PM
Macam dah banyak Kali serangan buaya berlaku kat Sabah Sarawak nun. Brunei dan Kalimantan jer tak de ...

Kulit tak laku. Banyak calar dan hodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2024 12:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.046755 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list