CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14480|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Polis ambil tindakan pemandu Hilux halang ambulans

[Copy link]
Post time 16-1-2024 06:07 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tular pemandu Toyota Hilux yang gagal memberi laluan kepada ambulans di Kilometer 226 Lebuhraya Utara Selatan dari arah Ayer Keroh ke Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Polis telah mengenakan tindakan terhadap pemandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang tular menghalang laluan ambulans di Kilometer 226 Lebuhraya Utara Selatan dari arah Ayer Keroh ke Kuala Lumpur.

Kejadian yang kemudiannya tular di media sosial itu didapati berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari pada 8 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh lelaki tempatan yang juga pemandu ambulans terbabit di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, Isnin lalu.

“Pemandu Toyota Hilux iaitu seorang lelaki tempatan berusia 63 tahun telah dikesan oleh Ketua BSPT IPD Rembau, Negeri Sembilan di mana tindakan telah diambil di bawah Kaedah 9(2) LN.166/59 iaitu tidak memberi laluan kepada kenderaan ambulans.

“Tindakan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pemandu Toyota Hilux menyatakan tidak menyedari kenderaan di belakang kerana sedang berbual dengan ahli keluarganya ketika kejadian.

Kata Azman, pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan lalu lintas yang menekankan kerjasama, berhemah dan berhati- hati semasa berada di atas jalan raya.

Jelasnya, dalam Kaedah-Kaedah Lalulintas LN165/59 iaitu Kanun Lebuhraya ada menyatakan Peraturan 24 LN165/59.

“Apabila menghampiri apa-apa kenderaan kecemasan seperti polis, bomba atau ambulans, bunyi siren atau loceng,
tatacara pemanduan mestilah masuk ke sebelah kiri atau kanan dan berhenti untuk memudahkan laluan kenderaan kecemasan,” ujarnya.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 50 saat memaparkan sebuah Toyota Hilux dikatakan tidak memberi laluan kepada ambulans walaupun siren kecemasan telah dibunyikan beberapa kali.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ux-halang-ambulans/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.346372 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list