View: 5898|Reply: 0
|
MotoGP: Rossi bimbang kebangkitan Honda
[Copy link]
|
|
MARINI sedang berusaha keras bersama Honda untuk membina jentera baharu yang lebih kompetitif bagi menghadapi saingan musim baharu. - AFP
LONDON – Legenda permotoran dan juara MotoGP tujuh kali, Valentino Rossi mengakui ‘gerun’ dengan ancaman yang boleh diberikan oleh jentera Honda pada kempen musim baharu yang akan membuka tirai rasmi pada Mac depan.
Menurut Rossi, adik kandungnya, Luca Marini yang berhijrah daripada pasukan VR46 ke pasukan Repsol Honda bermula musim ini dijangka antara pelumba yang bakal menyerlah nanti.
Sebagai rekod, pelumba kelahiran Itali tersebut menyertai Honda dengan kontrak dua tahun bagi mengambil alih tempat Marc Marquez selepas juara dunia MotoGP enam kali tersebut membuat keputusan untuk menyertai pasukan satelit Ducati, Gresini Racing.
“Saya jangka musim 2024 bakal menjanjikan persaingan sengit antara kesemua pelumba dengan pasukan Honda bakal bangkit untuk memberi saingan kompetitif selepas mempamerkan prestasi hambar tahun lalu.
“Saya juga tidak sabar untuk menyaksikan barisan empat pelumba daripada Akademi VR46 untuk menyerlah seperti Marini yang akan mengharungi musim baharu bersama jentera Honda nanti.
“Tiga lagi pelumba yang juga bekas graduan kami seperti Francesco Bagnaia juga memiliki potensi untuk mempertahankan gelaran dunia hatrik bersama Ducati selain Franco Morbidelli juga sudah berhijrah menyertai Pramac Racing.
“Hanya Marco Bezzecchi yang kekal bersama VR46 pada musim ini dan saya juga percaya dia bakal memberi cabaran berbeza. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua empat pelumba akademi kami di pentas MotoGP nanti,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -kebangkitan-honda/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|