View: 6006|Reply: 0
|
Damok sedih beralih ke gelanggang ARRC
[Copy link]
|
|
DAMOK terpaksa melupakan hajatnya berlumba dalam kelas Moto3 saingan MotoGP selepas tiada tempat bersama ZK Racing musim ini.
PELUMBA negara, Syarifuddin Azman kemungkinan akan beralih ke perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) selepas tempatnya dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) bagi kelas Moto3 tertutup rapat.
Biarpun ada usaha untuk memastikan Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok kekal bersaing bagi musim keduanya di pentas MotoGP, namun pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin mengakui pihaknya berdepan beberapa kekangan.
Isu kekangan penajaan turut menjadi masalah selepas rakan penaja mereka tidak berani membuat pelaburan selain turut mengharapkan keputusan setimpal daripada apa yang mereka keluarkan.
Damok ketika dihubungi mengakui sedih dengan berita tersebut, namun dalam erti kata lain terpaksa menerima dengan hati terbuka.
“Sudah semestinya saya sangat kecewa kerana tidak mampu meneruskan perlumbaan dalam kelas Moto3. Semua tahu, ini tahun pertama saya dalam kelas Moto3, jadi saya pasti memerlukan masa untuk tampil dengan baik.
“Saya cuba untuk kembali ke JuniorGP, tetapi ZK Racing mengakui mereka tiada kemampuan ke arah tersebut terutama soal penajaan.
“Jadi, saya terpaksa akur dan perlu mencari perlumbaan lain selepas ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Dalam pada itu, Damok turut mengakui, ada beberapa pasukan masih berminat untuk mendapatkan khidmatnya terutama dalam perlumbaan ARRC musim ini.
“Benar ada beberapa pasukan di ARRC, tetapi saya masih belum buat keputusan. Mungkin pada akhir bulan ini atau bulan depan baru boleh bagi keputusan sebelum menandatangani kontrak baharu.
“Soal kategori juga belum dibuat lagi, tetapi perbincangan awal setakat ini berlangsung positif,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ke-gelanggang-arrc/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|