CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37081|Reply: 0

[Selangor] 2 bulan batuk, rupanya ada kulat dalam hidung

[Copy link]
Post time 20-1-2024 03:22 PM | Show all posts |Read mode

Kulat yang dikeluarkan oleh Dr. Tengku daripada rongga hidung yang menyebabkan pesakitnya batuk berpanjangan selama dua bulan.

PETALING JAYA – Seorang pesakit menderita batuk tidak berhenti selama tempoh dua bulan ditambah lagi ada bau busuk dari hidungnya, gara-gara terdapat kulat atau ‘fungus’ di dalam rongga sinus.

Perkara itu diceritakan oleh seorang Pakar telinga, hidung dan tekak dikenali sebagai Dr. Tengku menerusi perkongsian di TikTok berhubung pesakit yang dirawatnya.

“Pesakit bagitahu saya dia batuk tak berhenti dah dua bulan. Dia juga kata bau yang busuk dari hidung.

“Bila saya ‘scope’, nampak ada lendir mukus yang pekat. Rupa-rupanya ada kulat (fungus) dalam rongga sinus. Jadi saya keluarkan kulat tu,” katanya menerusi keterangan pada video TikTok.

Beliau turut menunjukkan kulat tersebut yang menyebabkan bau tidak enak dan batuk berpanjangan kepada pesakitnya.

Menjawab pertanyaan seorang pengikut, Dr. Tengku menjelaskan punca ia berlaku apabila kebiasaannya daripada persekitaran yang dijangkiti ‘fungus’.

“Jadi ‘fungus’ itu masuk ke sinus apabila orang tu tarik nafas,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... kulat-dalam-hidung/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.032698 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list